SEKUMPULAN 'mat rempit' yang disyaki berlumba haram di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ditimpa padah apabila terbabit kemalangan malam tadi, hingga menyebabkan seorang maut.
Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani berkata, kejadian ini berlaku pada jam 11.30 malam, 10 Julai di KM26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) membabitkan 10 motosikal.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika semua penunggang tersebut bergerak dari Nilai menuju Seremban melalui Lebuhraya LEKAS.
Tiba di lokasi, salah seorang penunggang dipercayai gagal mengawal motosikal dan terbabas sebelum berlanggar sesama sendiri.
Mangsa, berusia 19 tahun, disahkan maut di tempat kejadian, manakala lima penunggang parah dan empat penunggang lain cedera ringan.
Semua mangsa berumur antara 18 dan 20 tahun serta dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut, manakala mangsa maut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor
BACA >>> Polis Tahan Mat Rempit Mabuk Tunggang Motor Hampir 300kmj
Leave a Reply