• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tawar Diskaun Tiket ETS 50 Peratus Sepanjang Julai ini

KTMB Tawar Diskaun Tiket ETS 50 Peratus Sepanjang Julai ini

July 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini sebagai tanda penghargaan kepada penumpang perkhidmatan itu.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan promosi itu terbuka khas kepada warganegara Malaysia yang bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam dan merancakkan industri pelancongan dalam negara.

KTMB berkata;

Tawaran istimewa tersebut boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar hingga Gemas pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

"Pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua hala untuk ke mana-mana destinasi ETS."

Pemberian diskaun melibatkan tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh, iaitu pada 11 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY11), 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12), 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13), dan 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18).

Bagi tarikh 19 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY19), 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20), 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25), 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26) dan 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27).

Sementara itu, bagi warga emas, KTMB turut menawarkan diskaun tambahan RM5 daripada jumlah tambang perjalanan bagi semua perkhidmatan ETS, termasuk kelas perniagaan.

Menurut KTMB, promosi tersebut bermula sejak 1 Julai lalu dan boleh digunakan hingga Disember ini.

Ketika ini, KTMB turut menawarkan potongan harga tiket sebanyak 50 peratus daripada harga asal kepada semua golongan warga emas warganegara Malaysia yang membuat pendaftaran melalui aplikasi KTMB mobile bagi semua perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB," kata KTMB.

Warga emas yang mendaftar konsesi perlu menggunakan kod promo PRIHATINEMAS ketika membeli tiket bagi menikmati tawaran istimewa berkenaan yang boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa hingga Khamis.

Kod promo boleh dimasukkan di semua medium pembelian tiket di kaunter tiket, kios, laman web KTMB dan aplikasi KITS ketika membuat pembelian, tertakluk terma dan syarat ditetapkan .

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200

BACA >>> KTMB Buka Jualan Awal Tiket ETS, KTM Intercity untuk Perjalanan Julai-Disember 2023
BACA >>> Kereta Api KTMB dengan 398 Penumpang dari Kelantan ke Johor Terbakar

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Diskaun ETS Julai 2023, diskaun tiket, ETS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my