• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Ducati Jatuh Jejambat SUKE, Mahkamah Arah Mat Motor Lawan Arus Jalani Rawatan Psikiatri

Kes Ducati Jatuh Jejambat SUKE, Mahkamah Arah Mat Motor Lawan Arus Jalani Rawatan Psikiatri

July 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan menunggang secara melawan arus hingga menyebabkan kematian penunggang Ducati, bulan lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh ialah Mudzyadaha Mohammad, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di depan Majistret, Amalina Basirah Md Top.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penunggang motosikal yang menunggang secara melawan arus jalan dan menyebabkan kematian penunggang motosikal (Ducati), Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KM22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) jam 1.10 petang pada 14 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun, dan denda hingga tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu turut memperuntukkan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian, hilang kelayakan 10 tahun.

Semasa prosiding, lelaki berkenaan dilaporkan mengaku dirinya berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh berkata, Mudzyadaha ada menerima surat rujukan daripada doktor ketika ditahan di sebuah hospital di Kajang dan mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.

Sebelum insiden, peguam sama menyatakan tertuduh adalah seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Izleen dipetik Sinar Harian berkata;

Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras hingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.”

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tidak membantah perkara tersebut. Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Amalina mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak.

SUMBER: SinarHarian | SinarHarian

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ahmad Fadzil Omar Azaddin, Amalina Basirah Md Top, Annur Athirah Amran, Izleen Ismail, Mudzyadaha Mohammad, orang kelainan upaya (OKU), Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my