• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Akan Hentikan CX-9 di Amerika, Fokus CX-90 yang Lebih Mewah

Mazda Akan Hentikan CX-9 di Amerika, Fokus CX-90 yang Lebih Mewah

July 21, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DARIPADA sejumlah model Mazda, majoriti ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan crossover. Misalnya, CX-3, CX-30, MX-30, CX-4, CX-5, CX-50, CX-60, CX-8, CX-9 dan CX-90.

Di sesetengah pasaran, SUV tersebut bertindih satu sama lain. Bagi pasaran Amerika Syarikat (AS), Mazda memaklumkan CX-9 model 2023 akan dihentikan untuk memberi laluan kepada Mazda CX-90 (2024).

Mazda CX-9 (2024) ada dijual di pasaran tempatan apabila Bermaz Motor memperkenalkan Ignite Edition (foto atas) pada 2021 yang dipacu enjin SkyActiv-G 2.5L turbo dan kini dijual pada harga RM328,000.

Sebagai rujukan, Mazda CX-9 generasi pertama diperkenal pada 2006 dan model wajah baharu (facelift) 2013 menggunakan falsafah Kodo Design.

Mazda CX-9 generasi kedua menyusul pada 2015 yang dikeluarkan pada 2016. Kali ini, falsafah Kodo Design digunakan sepenuhnya yang dijana enjin SkyActiv-G 2.5L turbo. Melalui prinsip malar segar, Mazda CX-9 masih cantik walaupun bertahun di pasaran dan bakal ditamatkan.

Penggantinya pula,  Mazda CX-90 tampil membawakan gaya Mazda yang lebih premium dan digerakkan enjin baharu 6-silinder sebaris e-Skyactiv G 3.3L Turbo.

Output kuasa 340hp dan tork 500Nm yang dihasilkan adalah tertinggi untuk enjin petrol keluaran massa Mazda, dan turut dipadankan sistem hibrid sederhana M-Hybrid Boost.

Satu lagi pilihan ditawarkan ialah e-Skyactiv PHEV berkuasa 323hp dan tork 500Nm daripada pakej enjin 2.5L dengan motor elektrik dan bateri 17.8kWj.

Semua enjin CX-90 dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dan pacuan i-ACTIV AWD yang bias pada roda belakang.

Mengenai harga, Mazda CX-90 (2024) dijual pada harga AS$39,595 (RM184,770) dan AS$47,445 (RM221,410) untuk Mazda CX-90 PHEV.

Berdasarkan keputusan di AS, bagaimanakah Mazda CX-9 di Malaysia? Perlulah kita menunggu berita daripada Bermaz Motor dan juga bergantung kepada susunan SUV terbaharu Mazda. Selain CX-9, pengguna tempatan turut ditawarkan SUV tiga baris tempat duduk Mazda CX-8 yang dipasang di Kulim, Kedah.

BACA >>> Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Mazda CX-9
Mazda CX-90 (2024)

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-9, Mazda CX-90, Mazda CX-90 (2024), Mazda CX-90 PHEV, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my