• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Serena J Impul (2023) Tiba di Malaysia dengan Aksesori Khas, Harga RM169.8k!

Nissan Serena J Impul (2023) Tiba di Malaysia dengan Aksesori Khas, Harga RM169.8k!

July 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan tawaran varian baharu Nissan Serena Impul J (2023) ke pasaran Malaysia pada harga jualan atas jalan tanpa insurans  RM169,888.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu membabitkan Serena dengan pakej Premium Highway Stardan kit badan aero Impul buatan Jepun. Berikut perincian Nissan Serena Impul J (2023):

Nissan Serena J Impul - 1
Nissan Serena J Impul - 2

Kit badan aero Impul J berbeza daripada varian lain dengan tambahan kemasan krom pada bampar depan dan belakang. Salutan krom juga dikenakan pada gril depan V-Motion, manakala lampu belakang mendapat lencana Impul.

Bahagian roda mendapat rim aloi 18 inci Impul Millennium corak Y buatan Jepun, dan dibalut tayar Goodyear Eagle F1 Sport.

Ruang kabin mendapat kemasan material kulit Nappa merah hati dan hitam pada kerusi dan panel pintu. Pintu belakang jenis dua bukaan seperti varian Serena lain, ada dua pintu sisi gelangsar dan tujuh port USB.

Trenkuasa masih sama, jenis aspirasi natural (NA) 4-silinder 2.0L berkuasa 150hp dan tork 200Nm, manakala sistem transmisi automatik CVT Xtronic.

Enjin digunakan menawarkan penggunaan bahan api 14.2km per liter atau jarak perjalanan terkumpul 852km.

Pembeli diberikan waranti aksesori Impul (dari kilang) tiga tahun atau 100,000km, manakala waranti MPV itu sendiri ialah lima tahun atau 100,000km.

Nissan Serena J Impul - 1
Nissan Serena J Impul - 2
Nissan Serena J Impul - 3
Nissan Serena J Impul - 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Goodyear Eagle F1 Sport, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Nissan Serena Impul J 2023, Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev