SIME Darby Auto Connexion (SDAC) mengumumkan pengenalan Ford Focus Edisi Khas yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan.
Bukan saja menampilkan rekabentuk yang kemas dan sporty, Focus Edisi Khas turut menawarkan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, jimat bahan api dan memiliki pakej keselamatan komprehensif. Ia juga sarat dengan teknologi pintar yang tiada tandingan dalam kelasnya.
Walau bagaimana, aspek mekanikal tidak menerima sebarang perubahan. Dengan bantuan kotak gear transmisi automatik Ford PowerShift 6-kelajuan, Ford Focus dijana unit enjin Duratec 2.0L Ti-VCT GDi yang berupaya menghasilkan kuasa 168hp dan tork 202Nm.
Didatangkan dalam warna biru (Winning Blue) dan putih (Frozen White), Ford Focus Edisi Khas ditawarkan pada harga RM131,888 seunit bersama beberapa ciri tambahan yang istimewa seperti:
- Bodykit penuh
- Lampu nyalaan siang (DRL)
- Pelekat Edisi Khas
- Karpet Sports
- Tempat duduk dibalut kulit
Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak diperkenalkan pada 1998, Focus kini adalah antara model terlaris di dunia.
Ford Focus Edisi Khas turut hadir bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP)yang menawarkan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan 60,000km (mana tiba dulu) yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.
Leave a Reply