• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Apakah Masalah Honda Sebenarnya, Mampukah Marquez Bertahan?

#SembangDeras: Apakah Masalah Honda Sebenarnya, Mampukah Marquez Bertahan?

July 28, 2023 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM arena MotoGP, prestasi sesebuah pasukan bukan hanya terletak atas bahu penunggang semata-mata, tetapi juga pasukan teknikal dan staf pengurusan yang bekerja di sebalik padok.

Situasi semasa dihadapi Repsol Honda cukup jelas. Pasukan itu pernah menjadi kuasa dominan GP dunia, tetapi kini bergelut detik sukar.

Keadaan mental dan fizikal pelumba harapan, Marc Marquez nyata membimbangkan. Ketiadaan Marquez dalam perlumbaan akibat kecederaan memberi impak kepada prestasi pasukan dan rakan pelumba lain.

Kebimbangan bos HRC, Alberto Puig bukan hanya aspek kesihatan barisan pelumba, tetapi juga keseluruhan fungsi pasukan Honda.

Puig percaya ketiadaan staf pengilang Honda (Jepun) di Eropah sebagai isu penting kemerosotan pasukannya. Sebabnya, mereka tidak dapat lihat sendiri masalah sebenar dan ini menjejaskan proses menyelesaikan masalah.

Beliau juga mendedahkan poin penting dalam pasukan sukan permotoran antarabangsa, iaitu koordinasi dan komunikasi antara pasukan lapangan dan pengilang negara asal adalah sangat penting untuk kejayaan pasukan.

Staf pengilang bertanggungjawab membangunkan dan menambah baik jentera lumba berdasarkan maklum balas setiap perlumbaan. Maksudnya, kalau tiada di lokasi, mereka belum tentu lihat atau faham isu sebenar dihadapi pelumba.

Apakah nasib Puig, Marquez dan pasukan Repsol Honda selepas ini? Kita tunggu dan lihat kesudahannya...

- Brader Shawn

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Alberto Puig, Auto Terkini, Honda, HRC, MotoGP, MotoGP 2023, Repsol Honda, roda2, sembang deras, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my