• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Chery Tiggo 8 Pro (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM159,800!

Chery Tiggo 8 Pro (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM159,800!

July 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D dengan 7-kerusi, Chery Tiggo 8 Pro (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga RM159,800!

Hanya satu varian ditawarkan untuk SUV perdana itu, iaitu premium. Berikut perincian Chery Tiggo 8 Pro (2023):

Trenkuasa

Chery Tiggo 8 Pro (2023) dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo berkuasa 256hp dan tork 390Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan anjakan elektronik dalam pacuan roda depan (FWD).

Tidak dilupakan tiga mod pemanduan: Eco, Normal dan Sport.

Luaran

Rupa luaran menampilkan lampu LED penuh untuk lampu utama automatik, lampu siang (DRL), dan lampu belakang.

Juga dipasangkan rel bumbung, lampu alu (welcome light), dan bumbung suria. Ada dua warna ditawarkan, iaitu Dark Black (hitam) dan Khaki White (putih)

Dalaman

Ruang kabin dihiasi lampu ambien pelbagai pilihan. Kerusi depan boleh laras elektrik (fungsi memori untuk pemandu), dan ada ciri ventilasi.

Papan pemuka tersusuk kawalan penyaman udara dwi-zon, kluster instrmen dan unit infotainment 24.6 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Juga ada ciri arahan suara dan pengecas wayarles 50W dan tiga port USB serta satu port USB Type-C. Akhir sekali ialah ciri pintu but kuasa.

Ciri Keselamatan

Ciri keselamatan standard diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Daki bukit (HSA) dan Bantuan Turun Bukit (HDA) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)

Bantuan Pemanduan

Chery Tiggo 8 Pro (2023) juga dilengkapkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Sistem Kekal Lorong (LKS)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Pengecam Papan Tanda Jalan (RSR)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Kamera panoramik 540º

BACA >>> Tiong Nam Peroleh Hak Kendali Gudang dan Penghantaran Alat Ganti Chery di Malaysia
BACA >>> Chery Malaysia: Kilang Inokom Pasang Model Omoda 5, Tiggo 8 Pro (2023)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chery Malaysia, Chery TIggo 8 Pro, Chery Tiggo 8 Pro (2023), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev