CHERY Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terbaharu, Chery Omoda 5 (2023) secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
Ada dua varian ditawarkan, iaitu C yang dijual pada harga RM108,800, dan H, berharga RM118,800, termasuk waranti tujuh tahun dan servis percuma lima tahun. Berikut perincian Chery Omoda 5 (2023):
Trenkuasa
Menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.5L petrol berkuasa 156hp dan 230Nm, manakala transmisi automatik CVT 9-kelajuan dengan anjakan elektronik dalam pacuan roda depan (FWD).
Juga dilengkapi mod pemanduan Eco dan Sport. Chery Malaysia memberikan waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km yang terhad kepada 3,000 pelanggan pertama.
Luaran
Menampilkan konsep Art in Motion menampilkan rekaan gril besar tanpa bingkai yang disepadu bersama bahagian depan dengan lampu siang (DRL) LED bentuk tukul.
Lampu utama LED diposisikan lebih rendah, manakala lampu belakang LED direka tirus dengan tulisan Chery.
Bahagian belakang juga diberikan difuser, dan bahagian roda mendapat rim sport 18 inci. Ada tujuh warna pilihan ditawarkan unutk Chery Omoda 5 (2023), iaitu:
- Khaki White (Varian C)
- Dark Black (varian C)
- Phantom Grey (varian C)
- Phantom Grey dengan aksen merah (varian H)
- Khaki White dengan aksen merah (varian H)
- Dark Black dengan aksen merah (Varian H)
- Khaki White & black dengan aksen merah (varian H)
Dalaman
Bahagian kabin mendapat kluster instrumen digital 10.25 inci, dan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci dengan konektviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Ada lapan pembesar suara dengan sistem audio Sony. Juga ada lampu ambien dalam 64 warna pilihan.
Sistem penyaman udara jenis dual-zon, dan ciri pengecas telefon pintar jenis wayarles dengan pemanas cermin pintu untuk mengelak kabus ketika cuaca sejuk atau hujan.
Keselamatan
Antara ciri keselamatan diberikan ialah kamera undur Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Bantuan Mula Daki (HASC) dan Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
Sistem Bantuan Pemandu
Chery Omoda 5 (2023) turut dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:
- Amaran Keluar Lorong (LDA)
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Kekal Lorong Kecemasan (ELK)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Kawalan Lampu Automatik (AHC)
- Cegah Keluar Lorong (LDA)
- Bantuan Trafik Sesak (TJA)
Tambahan Ciri untuk Varian H (Tiada pada C)
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan
- Fungsi ventilasi kerusi depan
- Rim aport dwi-tona dengan aksen merah
- Reflektor di depan dan belakang
- Lampu aluan
- But kuasa (power boot)
- Bumbung suria
- Lampu signal sekuensial
- Bantuan Had Laju (SLA)
- Pengecam Papan Tanda Jalan (RSR)
- Kamera pandang keliling 360º
BACA >>> Tiong Nam Peroleh Hak Kendali Gudang dan Penghantaran Alat Ganti Chery di Malaysia
BACA >>> Chery Malaysia: Kilang Inokom Pasang Model Omoda 5, Tiggo 8 Pro (2023)
Leave a Reply