• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Dominasi 5 Segmen Kenderaan Popular Malaysia Sepanjang Jun 2023

Proton Dominasi 5 Segmen Kenderaan Popular Malaysia Sepanjang Jun 2023

July 5, 2023 By Shawkath Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mencipta rekod baharu dengan jualan terkumpul 77,321 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023, meningkat 28.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang Jun 2023, Proton mencatatkan jualan 14,351 unit kenderaan (domestik dan eksport) yang membolehkan pengeluar nasional itu mendominasi lima segmen kenderaan di Malaysia.

Jumlah jualan industri (TIV) sepanjang Jun dianggarkan 61,900 unit kenderaan penguasaan pelanggan 23.2 peratus. Jumlah pegangan tahunan Proton setakat ini sudah mencapai 21.3 peratus (+3.2 peratus).

PRESTASI MODEL PROTON

Proton-Saga-2022-Color-Variant-Amour-Silver
Proton X50

Proton Saga

  • Menguasai segmen A dengan jualan 6,111 unit sepanjang Jun 2023.
  • Ini kali ketiga Proton Saga melepasi paras jualan 6,000 unit sebulan tahun ini.
  • Jualan terkumpul Proton Saga setakat ini 33,325 unit.

Proton X90

  • Serahan model Proton X90 menyaksikan peningkatan empat kali ganda sepanjang bulan lalu.
  • Proton X90 mendominasi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D dengan jualan 1,082 unit.

Proton Persona

  • Menduduki tangga teratas sedan segmen-B dengan jualan 2,254 unit.

Proton X50

  • Masih merangkul status SUV paling popular Malaysia sejak Oktober 2020.
  • Jualan mencecah 2,449 unit bulan lalu.
  • Jumlah serahan kenderaan terkumpul tahun ini sudah mencapai 17,562 unit (+9.9 peratus berbanding 2022)

Proton Exora

  • Satu-satunya model kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C yang sukar dicabar pesaing lain.
  • Sebanyak 368 unit dijual sepanjang Jun 2023.

APA KATA CEO PROTON EDAR

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Prestasi Proton separuh pertama 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan terbaik sejak 2012 dan berada di landasan untuk pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut.

"Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda.

"Ini juga menunjukkan strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi konektiviti pada harga berbeza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia.

"Untuk separuh kedua tahun ini, Proton yakin mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan kami.

"Kami juga akan melaksanakan rancangan mengemas kini barisan kami, melancarkan kemasukan kami ke pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran.”

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Geely Auto, Jualan Proton Jun 2023, pro-net, Proton, proton exora, Proton Saga, Proton X90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev