• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) Sempena Ulang Tahun Didedahkan

Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) Sempena Ulang Tahun Didedahkan

July 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS menghasilkan lebih 200,000 unit Suzuki Hayabusa dalam tempoh dua setengah dekad, Suzuki terbaharu mendedahkan rupa Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) sempena ulang tahun ke-25 sejak mula dijual pada 1999.

Antara perubahan paling menonjol model edisi terhad yang pernah menjadi motosikal pengeluaran massa paling laju di dunia suatu masa dulu itu ialah skema warna jingga dan hitam dengan grafik spesial sebagain tribut kepada generasi terdahulu.

Ukiran Hayabusa kini tertera pada mufler dan rantai, manakala lencana ulang tahun ke-25 dan logo Suzuki 3D dipapar jelas pada tangki minyak.

Selain itu, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) ini tiada pelana pembonceng, sebaliknya ditutup kowl untuk penampilan lebih sporty.

Enjin dijana empat sebaris berkapasiti 1,340cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 187hp.

Model edisi khas ini juga mendapat teknologi elektronik komprehensif daripada unit unjutan inersia (IMU) 6-paksi untuk ciri canggih seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh dan kawalan traksi serta bantuan tunggangan lain.

Bagaimanapun, Suzuki masih belum mengumumkan harga dan tarikh debut Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024).

BACA >>> Polis Tahan Warga Asing Pecah Masuk Bengkel, Bawa Lari Hayabusa
BACA >>> Striker Works Tawar Bar Bonceng Buatan Tangan untuk Suzuki Hayabusa, Harga Mula RM2k!

SUMBER: SuzukiCycles

 

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Edisi Terhad, edisi ulangtahun ke 25, Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki, Suzuki Hayabusa, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my