• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Niro EV (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM255,888!

Kia Niro EV (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM255,888!

July 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd melancarkan crossover elektrik, Kia Niro EV (2023) generasi kedua baharu di pasaran Malaysia pada harga RM255,888, atas jalan tanpa insurans.

Kia Niro EV (2023) untuk pasaran tempatan ini ialah unit import penuh (CBU) dari Korea Selatan dan didatangkan dalam  satu varian sahaja.

Luaran

Bahagian luaran seperti diilhamkan daripada Kia HabaNiro, iaitu model konsep yang dihasilkan pada 2019. Fasia depan menampilkan imej muka harimau dengan lampu siang (DRL), dipanggil degupan jantung.

Dari sisi, kemasan fender depan diteruskan hingga sisi pintu belakang, tetapi tidak bersambung dengan fender belakang, Pilar-C lebar bertujuan meningkatkan aliran udara untuk faktor aerodinamik.

Lampu LED belakang direka dalam bentuk bumerang, dan dihiasi unit spoiler dan difuser. Ciri menarik lain luaran Kia Niro EV (2023) ialah Active Air Flap dalam gril yang membantu aspek pekali seretan (drag coefficient) pada angka 0.29 Cd.

Dalaman

Rekaan dalaman tampak ringkas dengan kluster instrumen digital 10.25 inci dan unit infotainmen skrin sentuh 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Crossover EV turut menawarkan 64 pilihan lampu ambien, pengecas telefon pintar wayarles, port USB-C di tepi kerusi depan dan upholsteri hitam.

Ruang but memiliki kapasiti 475 liter, tetapi dapat ditambah kepada 1,392 liter pada merebahkan tempat duduk belakang. Ruang bonet di depan pula menawarkan kapasiti 20 liter yang boleh disimpan kabel pengecas dan adapter Vehicle-to-Load (V2L).

Bateri

Kia Niro EV (2023) menggunakan bateri litium-ion berkapasiti 64.8kWh yang mampu menggerakkan kereta hingga 460km untuk sekali cas penuh. Jika bateri dicas menggunakan pengecas pantas (DC), tempoh mengecas daripada 10 peratus hingga 80 peratus mengambil masa 43 minit.

Selain itu, fungsi V2L boleh membekalkan kuasa hingga 3.6kWH dengan mengambil tenaga daripada bateri kereta yang membolehkan pemilik menggunakan tenaga elektrik.

Motor Elektrik

Motor elektrik Kia Niro EV (2023) menghasilkan kuasa setinggi 201hp dan tork 255Nm , tetapi kuasa maksimum cuma 167kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.8 saat.

Ciri Keselamatan

Ciri keselamatan standard yang ada pada Kia Niro EV (2023) ialah:

  • 8 beg udara SRS (pemandu depan, penumpang, sisi depan, sisi, tirai dan lutut pemandu)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem Bantuan Keluar Selamat - amaran diberikan apabila sensor mengesan kehadiran kenderaan dari belakang dalam titik buta.
  • Kawalan Mula Daki (HAC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Pautan kerusi kanak-kanak (ISOFIX)
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) pula menawarkan ciri:

  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Bantuan Elak-Perlanggaran Titik-Buta (BCA)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) dengan Pusingan Simpang
  • Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)

Warna, Waranti

Kia Niro EV (2023) ditawarkan dalam tiga warna: Snow White Pearl (putih), Mineral Blue (biru) dan Cityscape Green (hijau).

Pada harga RM255,888, kenderaan utiliti sukan (SUV) EV ini didatangkan dengan waranti kilang lima tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu sampai dahulu). Juga diberikan waranti Pek Bateri Voltan Tinggi 8 Tahun, dan had perbatuan 160,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA >>> Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
BACA >>> Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!

Kia Niro EV (2023)13
Kia Niro EV (2023)14
Kia Niro EV (2023)12
Kia Niro EV (2023)3
Kia Niro EV (2023)10
Kia Niro EV (2023)8
Kia Niro EV (2023)4
Kia Niro EV (2023)15
Kia Niro EV (2023)5
Kia Niro EV (2023)6
Kia Niro EV (2023)7
Kia Niro EV (2023)1
Kia Niro EV (2023)9
Kia Niro EV (2023)11

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BEV, Crossover, Crossover EV, Dinamikjaya Motors, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta elektrik, Kia Niro EV (2023), Roda4, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev