• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson X440 (2023) Lancar di India, Harga Semurah RM12.9k!

Harley-Davidson X440 (2023) Lancar di India, Harga Semurah RM12.9k!

July 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson akhirnya melancarkan model paling kecil dalam barisan produk jenama itu, X440 di India. Motosikal cruiser itu adalah produk hasil kerjasama dengan pengeluar India, Hero MotoCorp.

Cruiser retro moden itu ialah model paling ditunggu ramai peminat Harley-Davidson di India yang berdepan kekangan kewangan untuk memiliki motosikal jenama Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Berikut perincian Harley-Davidson X440 (2023):

WARNA & HARGA

Didatangkan dalam tiga varian: Denim, Vivid dan Pinnacle. Hanya varian Vivid ditawarkan dalam dua warna pilihan, iaitu perak dan merah.

Mustard Denim - Varian Denim
Metallic Thick Red - Varian Vivid
Metallic Dark Silver - Varian Vivid
Metallic Matte Black - Varian Pinnacle
  • Mustard Denim (mustard): 229,000 rupee (RM12,992)
  • Metallic Dark Silver (perak): 249,000 rupee (RM14,126)
  • Metallic Thick Red (merah): 249,000 rupee (RM14,126)
  • Metallic Matte Black (hitam): 269,000 rupee (RM15,261)

PERINCIAN

Harley-Davidson X440 (2023) dijana trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 440cc penyejukan minyak dan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI), menawarkan kuasa 27hp @ 6,000rpm dan tork 38Nm @ 4,000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.

Sistem lampu LED penuh, manakala panel meter digital memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer, trip perjalanan, baki petrol dan lain-lain.

Varian tertinggi mendapat tambahan ciri konektiviti Bluetooth, sistem navigasi petunjuk arah (turn-by-turn), soket pengecas USB dan kawalan muzik.

Model asas dipasang rim jejari (spoked) dengan tayar bertiub, manakala dua varian lain hadir dengan rim aloi dengan tayar tiubles. Saiz rim 18 inci dibalut tayar 100/80 (depan), dan rim 17 inci dengan tayar 140/70 (belakang). Tayar daripada jenama MRF Zapper Hyke.

Model ini dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, dan ciri tongkat sisi dengan sensor pemati enjin.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) KYB 43mm di depan, dan dwi-absorber (belakang) jenis boleh laras prabeban 7-tetapan. Sistem brek dipasangkan brek cakera tunggal 320mm (depan), dan cakera tunggal 240mm di belakang.

Kapasiti tangki petrol 13.5 liter dengan purata penggunaan bahan api 35km per liter, manakala berat kasar 190kg.

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, Harley-Davidson, Harley-Davidson X440 (2023), Hero Motocorp, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my