PENYEDIA tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari) menerusi subsidiari milik penuh, Gentari Green Mobility Sdn Bhd mengaktifkan rangkaian perayauan poin pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan subsidiari Yinson GreenTech (YGT), Green EV Charge Sdn Bhd (GEV)
Perkongsian itu membolehkan akses silang ke pengecasan rangkaian Gentari, JomCharge dan chargEV melalui aplikasi mudah alih seperti Setel, JomCharge dan chargEV.
Ini membolehkan pemandu EV mengakses stesen pengecas, mengaktifkan dan membayar dari mana-mana platform rakan kongsi dengan mudah.
Melalui rangkaian perayauan, pengguna EV juga ada akses mudah kepada jumlah gabungan lebih 600 stesen cas seluruh negara seperti di Semenanjung Malaysia yang mana kira-kira 60 peratus stesen pengecas EV negara terdiri daripada lebih 150 stesen cas Gentari, lebih 320 stesen cas chargEV dan lebih 100 stesen cas JomCharge.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Shah Yang Razalli berkata, penawaran kemudahan akses dan penggunaan infrastruktur pengecasan yang mudah adalah penting untuk memacu peralihan kepada EV.
Dengan kerjasama ini, kami dapat menawarkan akses kepada rangkaian yang luas untuk memperkasa pemandu EV dengan keyakinan rangkaian'" katanya.
Sementara itu, Pengarah Teknikal EV Connection Sdn Bhd, Dr Che Hang Seng percaya kerjasama itu penting dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV Malaysia, yang mana tiga pengendali poin pengecasan (MSM) utama bersatu untuk berinovasi dan membawa kemudahan kepada komuniti pengguna EV.
CEO Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan berpendapat perkongsian antara chargEV dengan Gentari dan EV Connection adalah satu langkah ke depan untuk meluaskan rangkaian pengecasan EV dengan cepat yang menjadikan mudah diakses dan mudah kepada semua.
BACA >>> Setel Kini di Stesen PETRONAS Seluruh Negara!
BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
Leave a Reply