VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) dalam usaha menawarkan perlindungan dan fleksibiliti yang diperlukan pemilik kenderaan jenama itu.
VAP ditawarkan pada semua model dengan ciri IQ.DRIVE terdiri daripada model Volkswagen Golf GTI baharu dan Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION yang diperbaharui.
VAP memberikan tambahan jaminan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan selama tiga tahun kepada pemilik dua model tersebut. Bergantung model terpilih, VAP ditawarkan pada harga RM8,000 hingga RM10,000.
Bagaimanapun, pelanggan yang tidak mahu mengambil pakej jaminan tersebut tetap menerima jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun dan bantuan tepi jalan lima tahun.
Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev berkata, pemilik pasti mahukan nilai tambah apabila membeli kereta Volkswagen. Menerusi VAP, pemilik akan memastikan pelanggan mendapat pengalaman pemilikan menyenangkan.
Kami kekal komited menawarkan pelanggan dengan produk terbaik yang boleh memenuhi keperluan mereka. Dengan VAP, pelanggan tidak lagi perlu rasa bimbang," kata Bostandzhiev.
BACA >>> VPCM Lancar Volkswagen Golf GTI (2023) Versi Kemas Kini, Harga RM245k!
BACA >>> Volkswagen Arteon R Line 4MOTION (2023) dengan IQ.Drive di Malaysia, Harga RM300k!
Leave a Reply