• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Letih Tunggu Perubahan, Harap Yamaha Sedia Motor Lebih Baik Tahun Depan

Quartararo Letih Tunggu Perubahan, Harap Yamaha Sedia Motor Lebih Baik Tahun Depan

July 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS bertahun lama menunggu perubahan positif besar pada Yamaha YZR-M1, juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo benar-benar berharap Yamaha mampu menyediakan jentera lebih kompetitif musim depan.

Setahun lalu, Quartararo dan Yamaha menuju cuti musim panas MotoGP dengan meraih tiga kemenangan dan enam podium dalam saingan GP.

Bagaimanapun, musim ini beliau hanya menduduki tempat ke-9, manakala Yamaha terperosok dari posisi kedua kepada ke-5 (juga terakhir) dalam ranking pengeluar.

Ini sukar kerana setahun lalu aku menang kat sini (di Sachsenring) dan sekarang tak ada dalam 10 teratas,” katanya di GP Jerman selepas menamatkan perlumbaan Sprint dan final di tempat ke-13.

Quartararo menyatakan perlu bertenang dan fokus untuk memperbaiki kedudukan, tetapi sudah hampir separuh musim ini Yamaha masih belum menemui apa-apa.

Situasi Quartararo yang sedang bergelut mendapatkan prestasi terbaik jentera mempunyai persamaan dengan seterunya Marc Marquez di Honda. Pelumba Sepanyol itu baru-baru ini mendedahkan pertemuan dengan presiden HRC untuk menyatakan kebimbangannya.

Adakah Quartararo meminta perkara sama daripada pengurusan Jepun Yamaha?

Saya sudah mengadakan pertemuan dengan presiden Yamaha, jadi diharapkan beliau akan mempercepat sedikit proses dan melihat kami benar-benar jauh dari jenama terkemuka lain,” kata Quartararo.

Menurut Quartararo, pertemuan tidak dirancang itu dibuat berikutan mentalitinya sebagai pejuang yang mahu menang dan tidak mahu berada di kedudukan ketika ini.

2024 ialah tahun terakhir kontrak Quartararo selepas menunggang jentera M1 sejak menyertai MotoGP mewakili pasukan Petronas SRT pada 2019.

MotoGP sedang menimbangkan mengubah suai peraturan konsesi sebagai respons kepada kesukaran dihadapi Honda dan Yamaha terhadap penguasaan pengeluar Eropah.

BACA >>> Quartararo Puji Mental Marquez
BACA >>> Sudah Tiba Masa Quartararo Tinggalkan Yamaha?

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Honda, Monster Energy Yamaha MotoGP Team, MotoGP, Yamaha, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my