KERETA sedan baharu keluaran Proton yang dinantikan, Proton S50 yang diberikan kod sama seperti Geely Emgrand generasi terkini di China, SS11 akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi!
Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO Proton Dr Li Chunrong ketika majlis tandatangan kerjasama Proton dan Aapico baru-baru ini.
Jika dilihat pada beberapa gambar intipan Proton S50 penuh dengan celoreng yang dikesan diuji di jalan raya yang terdapat di media sosial, bahagian tiang-C serta cermin belakangnya memang kelihatan seperti Emgrand berbanding Geely Binrui.
Geely Emgrand atau Proton S50 (atau apa pun nama rasminya kelak) dibina menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA) yang sama seperti Proton X50 menjadikan ia sedan segmen-B yang menawarkan:
- Fleksibiliti dari segi rekaan, ruang dalaman, keselesaan dan kawalan pengendalian yang lebih baik
- Kelebihan untuk membina jarak roda lebih lebar bagi menambah kestabilan dan cengkaman pada tayar
- Ruang belakang dan but luas (500 liter)
- Penglihatan lebih baik apabila titik buta pemandu dikurangkan melalui rekaan tiang-A baharu
Meskipun diklasifikasi sebagai sedan segmen-B, namun Proton S50 ini berukuran jauh lebih lebar berbanding pesaing segmen-B, memandangkan S50 berkongsi jarak roda yang sama seperti Proton Preve, sebuah sedan segmen-C. Rujuk perbezaan dimensi S50 ini berbanding sedan segmen-B lain:
S50 ini juga besar kemungkinan bakal diberikan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) memandangkan Proton telah memperkenalkan kilang pemasangan enjin baharu itu di Tanjung Malim. Enjin tiga silinder ni sudah digunakan pada beberapa jenama di bawah Geely Group, dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia termasuk X70 dan X50.
Untuk perbandingan, lihat output enjin 1.5 TGDI menghasilkan 177PS dan 255Nm, lebih kuat berbanding Geely Emgrand di China yang menggunakan enjin 1.5NA menghasilkan 141PS dan 147Nm.
Selain itu, sistem keselamatan dan bantuan pemanduan canggih seperti ADAS yang ada pada barisan kereta baharu Proton ketika ini sudah pastinya akan diberikan pada S50 ini, menjadikannya antara sedan idaman di pasaran Malaysia.
Bagaimanapun, semuanya bergantung pada harga. Jika harga yang ditawarkan pada S50 ini bermula pada RM60k, mungkin sedan ini bakal menggegar pasaran terutama bagi mereka yang sudah mula letih dengan penggunaan SUV.
BACA >>> #Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama
BACA >>> Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k
SUMBER: Paultan
Leave a Reply