• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 GS, G 310 R (2024) dalam Seragam Merah-Hitam di India, Bakal Lancar Bulan Ini

BMW G 310 GS, G 310 R (2024) dalam Seragam Merah-Hitam di India, Bakal Lancar Bulan Ini

July 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Motorrad mengumumkan dua pilihan warna Racing Red (merah-hitam) dan biru-merah untuk naked bike BMW G 310 R (2024) dan warna baharu merah-hitam untuk adventure-tourer BMW G 310 GS (2024).

Warna baharu BMW G 310 GS (2024) itu menggantikan skema warna Kalamata Dark Gold Metallic (emas-hitam) yang ditawarkan model sedia ada.

BMW Motorrad G 310 GS
bmw-g310gs-2024-india-2

Bagi BMW G 310 GS (2024), skema warna merah baharu dikenakan pada paruh depan, atas tangki minyak dan frem. Trenkuasa sama 4-lejang 4-injap silinder tunggal 313cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 33.5hp @ 9,250rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.

Bahagian roda menggunakan rim aloi 19 inci di depan dan 17 inci di belakang dengan tayar tiubles yang disokong sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, serta dilengkapkan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

bmw-g310r-2023-india-4
bmw-g310r-2023-india-2

BMW G 310 R (2024) pula mendapat rim aloi merah dan frem merah dengan strip merah pada atas tangki, panel kepala dan panel badan (untuk varian hitam-merah).

Model ini dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 313cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 33.5hp @ 9,250rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.

Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan sokongan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, serta dilengkapkan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

Warna Kalamata Dark Gold Metallic bakal dihentikan tawaran.

Perubahan dibuat cuma membabitkan skema warna, sebaliknya aspek mekanikal kekal sama. Model edisi 2024 itu masih mengekalkan lampu utama jenis tunggal, visor angin, fairing separa, ekzos tunggal dan tempat duduk dua tetapan (pembonceng dan penunggang) selain rak barang.BMW Motorrad mendakwa kelajuan maksimum ialah 143kmj.

Antara ciri diberikan ialah konektiviti Bluetooth, pengecas USB dan klac antigelincir (Slipper Clutch). Setakat ini belum ada tarikh pelancaran rasmi, tetapi dijangka diumumkan sebelum penghujung bulan ini.

SUMBER: BikeWale

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW G 310 GS (2024), BMW G 310 R (2024), BMW Motorrad India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev