• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anwar Nafi Dakwaan Tidak Mahu Bina KXP

Anwar Nafi Dakwaan Tidak Mahu Bina KXP

June 30, 2023 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam isu penyaluran peruntukan atau pembangunan termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), di Kedah.

Anwar berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana melibatkan beberapa aspek penting, terutama keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu.

Anwar pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat Permatang Pauh, hari ini berkata;

Perlu tanya TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), boleh lepas atau tidak zon penerbangan… ada yang kata Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) akan bayar (projek pembinaan KXP) dan saya tanya dia kalau nak buat kenapa tak beritahu saya. Syed Mokhtar jawab kepada saya, abang, saya tiada cadangan nak buat lapangan terbang, ada banyak kerja dah."

"Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat…ia sentuh soal keselamatan negara, kalau nak jadi pemimpin kena reti sikit, kena ngaji lebih daripada orang lain.”

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dilaporkan berkata, Anwar harus mengetepikan 'kepentingan peribadi' dan mempercepatkan kelulusan pembinaan KXP.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau sudah berusaha sedaya upaya merealisasikan projek itu yang terletak dalam perbandaran Kedah Aerotropolis.

BACA >>> Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026
BACA >>> MB Kedah: Lapangan Terbang Kulim Tak Guna Duit Kerajaan Pusat, Tapi Pelabur

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Perdana Menteri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev