• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Enzo Milik Juara F1 Dibida Lebih RM27.6 Juta!

Ferrari Enzo Milik Juara F1 Dibida Lebih RM27.6 Juta!

July 24, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA milik personaliti memang bernilai tinggi. Apa jadi jika digabungkan juara dunia Formula Satu (F1) dan sebuah kereta berstatus langka (rare)?

Ferrari Enzo (2002) ini bernilai €5,400,000 (RM27,630,330) kerana menjadi milik juara dua kali F1, Fernando Alonso dan dikeluarkan dari 2002 hingga 2004 sebanyak 400 unit sahaja.

Jualan kereta itu diuruskan MonacoCarAuction dengan kerjasama Top Marques pada sesi bidaan L’AstaRossa pada 8 Jun lalu di Monaco.

Selain dimiliki Alonso, Enzo itu istimewa kerana status Scocca n.1 atau badan pertama yang dikeluarkan dan disahkan Sijil Ketulenan, juga dipanggil Buku Merah Ferrari Classiche.

Dalam kereta itu dihimpunkan tiga ciri istimewa, iaitu model sempena pengasas Ferrari, dimiliki Alonso dan status Scocca n.1.

Walaupun berusia lebih dua dekad, kereta itu hanya dipandu sejauh 4,800km dan baru saja menjalani proses baik pulih penuh (overhaul).

Dari segi spesifikasi, Enzo dijana enjin 6.0L V12 berkuasa 651hp dan tork 657Nm dengan garis merah (red line) pada 7,800rpm. Casis monokok dibuat daripada gentian karbon dan sarang lebah (honeycomb) Nomex.

Pakej itu datang daripada pengalaman Ferrari dalam F1 yang menggunakan transmisi manual automatik, juga dikenali sebagai kotak gear F1.

Pecutan 0-100kmj hanya sepantas 3.1 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 350kmj. Itu ialah angka yang hebat dan masih lagi relevan selepas dua dekad.

Pada majlis bidaan itu, tetamu ditayangkan video ekslusif Alonso yang berkata;

Kereta ini sangat bermakna buat saya dan saya sudah meluangkan masa yang baik bersamanya, kereta ini adalah hasil seni magis. Saya tahu kereta ini akan berada pada pemilik yang betul, tolong jaganya dengan baik dan nikmatinya."

Selain Enzo, ada beberapa lagi Ferrari dibida pada harga tinggi seperti Ferrari 250 GT Boano (1956) berharga €1,512,000 (RM7,721,280) dan Ferrari 599 GTO (2011) berharga €784,000 (RM4,003,945).

Dua model lagi, Ferrari 246 GTS (1975) dan Ferrari 430 Scuderia 16M masing-masing berharga €448,000 (RM2,287,390).

BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!

Fernando Alonso dan Ferrari Enzo 01
Ferrari Enzo 01
Ferrari Enzo 02
Ferrari Enzo 03
Ferrari Enzo 04
Ferrari Enzo 05
Ferrari Enzo 06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: F1, fernando alonso, Ferrari, Ferrari Enzo, Formula One (F1), Formula Satu (F1), MonacoCarAuctions, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev