• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Unser SSX (1997) Enjin Diesel Kembali Popular di Indonesia, Harga Cecah RM50k!

Toyota Unser SSX (1997) Enjin Diesel Kembali Popular di Indonesia, Harga Cecah RM50k!

June 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA lama, Toyota Unser SSX, juga dikenali sebagai Toyota Kijang Kapsul di Indonesia, kembali digemari penduduk negara jiran itu kerana menawarkan ciri yang mesra pengguna baharu dan jarang rosak.

Harga Toyota Kijang Kapsul terpakai di Indonesia juga agak stabil, bermula serendah Rp50 juta (RM15,000) hingga Rp70 juta (RM22,000).

Namun, ada satu varian diaggap istimewa hingga harga terpakai mampu mencecah setinggi Rp160 juta (~RM50,000).

Model istimewa itu ialah Kijang Kapsul SSX yang dilancarkan pada 1997 dengan enjin diesel. Asalnya kurang diminati, tetapi populariti varian tersebut tiba-tiba meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anggota kanan dan juruteknik Komuniti Kapsul Kijang Indonesia (KKCI) Jakarta, Tri Hari Setiawan mendakwa pernah menemui seunit Kijang Kapsul SSX berharga Rp160 juta (~RM50,000) pada 2021.

Pada mulanya ini (Kapsul Kijang SSX diesel) antara model paling murah, tetapi sekitar 2018, harganya mula naik,” katanya.

Di Indonesia, Toyota Kijang Kapsul disukai kerana mudah disenggara dan tidak sukar mendapatkan alat ganti kenderaan pelbagai guna (MPV) itu walaupun sudah mencapai status klasik.

Menurutnya, populariti varian Kijang Kapsul SSX semakin meningkat kerana karakter model itu yang terbukti tahan lama, termasuk harga yang sudah dinaikkan selepas tular semula kerana dianggap model langka (rare).

Tri Hari berkata lagi;

Sebenarnya, dari sudut enjin, SSX sama seperti Kapsul lain dengan enjin 4-silinder 2,400 cc. Tetapi sememangnya model ini lebih mantap (kuat)," katanya.

Nilai sentimental juga dianggap antara faktor penyumbang kepada kenaikan harga Kapsul Kijang SSX.

Di Malaysia pula, Toyota Unser masih banyak dilihat dipandu atas jalan dengan harga terpakai antara RM8,000 dan RM21,000 mengikut kondisi model.

BACA >>> Presiden Indonesia Minta Toyota Terus Kekalkan Penggunaan Nama Kijang
BACA >>> Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

SUMBER: Kompas.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1997, Indonesia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota Kijang Kapsul (1997), Toyota Kijang SSX, Toyota Unser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev