BIASANYA Hennessey dari Texas, Amerika Syarikat (AS) mengubah suai pikap dan ada juga model sport seperti Ford Mustang dan Corvette C8. Kali ini Hennessey tampil dengan sedan sport mewah, H1000 CT5-V Blackwing.
CT5-V Blackwing ialah sedan yang sudah sedia hebat dan model pengeluaran Cadillac paling berkuasa pernah dikeluarkan dari kilang dengan enjin 6.2L LT4 (blok kecil) V8 berkuasa 668hp dan tork 893Nm.
Enjin daripada GM itu dipadan bersama transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 10-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj hanya perlu 3.5 saat dan kelajuan maksimum 320kmj.
Lebih mengujakan, semua kuasa dan ketangkasan tersebut dihantar ke roda belakang! Sekarang bayangkan pula ubah suai Hennessey menjadikan CT5-V Blackwing berkuasa 1,000hp dan tork 1,309Nm!
Dengan kuasa tinggi dan ciri mewah, Hennessey menggelar model ini sebagai kereta muscle berkuasa yang menyarung tuksedo elegan.
Apa Dilakukan Hennessey?
- Pemesinan semula (port) kepala silinder.
- Mempertingkat injap masukan dan ekzos.
- Menambah baik pengangkat (lifter) dan rod tolak.
- Naik taraf spring injap dan pemegang (valve springs dan retainers).
- Naik taraf sistem bahan api tambahan.
- Aci sesondol (camshaft) buatan khas HPE.
- Naik taraf penukar haba saiz ekstra besar (oversized).
- Sistem aruhan udara aliran tinggi.
- Pengecas lampau aliran tinggi.
- Pengubah bermangkin aliran tinggi.
- Intercooler keluli tahan karat jenis panjang.
- Gasket dan bendalir.
- Kalibrasi pengurusan enjin HPE (HEMC).
Output 1,000hp dan tork 1,309Nm adalah hasil daripada ujian dyno. Justeru ubah suai dilakukan menambah ketangkasan sedan ini dengan pecutan 0-100kmj menjimatkan masa 1 saat dan pecutan suku batu kepada 10.1 saat.
Sebagai signatur Hennessey, ruang enjin dipasangkan plak khas dengan nombor siri dan lencana Hennessey dan H1000 pada badan kereta.
Pakej naik taraf H1000 didatangkan bersama waranti dua tahun atau perbatuan (40,000km). Pengeluaran Hennessey H1000 Cadillac CT5-V Blackwing bermula Ogos ini.
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6x6 (2023) - Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) - Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!
BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!
Leave a Reply