KETUA MotoGP Honda, Alberto Puig mengejutkan ramai orang apabila tampil dengan satu mesej jelas kepada Marc Marquez bahawa tiada halangan untuk pelumba itu berpisah dengan pasukan Honda.
Marquez yang memilih untuk tidak menyertai saingan akhir GP Belanda 2023 semalam sebenarnya masih terikat dengan kontrak Honda sehingga akhir musim 2024. Bagaimapun, kenyataan Puig memberi peringatan jelas kepada Marquez.
Ini kata beliau:
Kita ada kontrak tapi setiap orang bebas buat apa mereka nak dalam kehidupan. Dan Honda bukannya satu syarikat yang mahu miliki orang yang tidak berasa happy di Honda.
Jadi, memang betul kita ada kontrak tapi Honda amat menghormati Marc. Aku nak andaikan (dia akan kekal) mengikut kontrak tapi aku bukannya ada (tongkat sakti)."
Puig mengeluarkan kenyataan itu selepas pasukan Honda mengesahkan Marquez tidak akan sertai perlumbaan GP Belanda disebabkan kecederaan yang dialami akibat siri terbabas di Jerman minggu lalu.
Marquez tampil mengeluarkan kenyataan mengenai masa hadapannya:
Jadi, sekarang aku dalam satu momen besar dan aku tak leh fikir tentang benda ni.
"Engkau tak boleh putuskan tentang masa depan ko dalam suatu situasi macam ini. Sepanjang bulan ini dan separuh lagi, aku perlukan (masa) untuk bina balik badan (sembuh) dan juga sisi mental.
"Aku sekarang ada dalam satu detik paling buruk sepanjang karier. Tapi aku cukup beruntung sebab aku kini ada dalam momen terbaik dalam kehidupan peribadi, dengan satu tim yang amat bagus. Semuanya stabil dan ini banyak membantu.
"Jadi, sekarang aku kena fikir, kena tarik nafas panjang dan borak dengan orang-orang aku. Dan selepas itu, aku perlu ride semula.
“Aku cuba mulakan di Silverstone dengan komitmen sama macam di Portimao. Sudah tentu akan ada pendekatan berbeza tetapi komitmen sama."
Aksi perlumbaan GP Belanda 2023 semalam menyaksikan Francesco Bagnaia (Pecco) mencatat kemenangan keempat musim ini, Marco Bezzecchi di tempat kedua dan Aleix Espargaro melengkapkan podium.
SUMBER: EuroSport
Leave a Reply