• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penganggur Cium Penguat Kuasa DBKL Akhirnya Kena Penjara 7 Bulan

Penganggur Cium Penguat Kuasa DBKL Akhirnya Kena Penjara 7 Bulan

March 23, 2017 By Han Othman 1 Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penganggur dihukum penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mangsa sedang menjalankan tugas. Tertuduh, Cesar Jamanulla, 36, dari Kota Kinabalu, Sabah mengaku bersalah kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud mahu mencabul kehormatan.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan majistret, Mahyuddin Md Som sebelum dijatuhkan hukuman penjara bermula tarikh beliau ditahan pada 20 Februari lalu.

Cesar didapati melakukan kesalahan tersebut di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading di Kuala Lumpur pada jam 7.20 malam, 20 Februari tahun ini. Pertuduhan dibacakan adalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam turut merayu diringankan hukuman kerana perlu menyara keluarga. Berdasarkan fakta kes, penguat kuasa wanita yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan rondaan saman parkir bersama rakan setugasnya ketika didatangi tertuduh yang bertindak menghalang dia mengeluarkan saman.

BERTUKAR MENJADI SYAITAN

Ketika sedang mengeluarkan saman untuk kereta terakhir, Cesar sekali lagi datang sambil 'memuji' kecantikan mangsa, tetapi tidak dilayan. Mangsa meminta diberikan laluan untuk membolehkannya mengambil gambar kereta yang disaman.

BACA >>> Pecut Ford Mustang Lebih 300kmj, Budak 19 Tahun Bakal Dipenjara Setahun

Namun, tidak semena-mena, tertuduh pantas bertukar menjadi 'syaitan' dengan memegang muka dan mencium bibir mangsa. Mangsa cuba menolak tertuduh, tetapi terus diterpa hingga memaksa dia menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian datang memberkas dan mengheret tertuduh ke balai polis.

JADIKAN PENGAJARAN

Kami harap pengguna jalan raya mengambil pengajaran daripada kes ini supaya tidak mengikut perangai syaitan seperti tertuduh. Ingat rukun negara kita, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan. Saman diberikan kerana anda buat salah. Kalau buat salah, terimalah saman. Saman parkir DBKL baru RM50 sahaja. Kalau jumpa pegawai kompaun, boleh dapat diskaun RM30. Saman tetap saman, tetapi kenapa nak buat jenayah? Sekarang tidak pasal-pasal sudah masuk penjara.

Siapa yang malu? Tentulah mereka dan keluarga mereka.

SUMBER: Sinar Harian

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kena penjara cuba cabul penguat kuasa DBKL, penganggur cium penguat kuasa DBKL, penganggur dipenjara 7 bulan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my