• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Imej Sportbike Middleweight 4-Silinder Sebaris QJ Motor SRK 800RR (2024) Bocor

Imej Sportbike Middleweight 4-Silinder Sebaris QJ Motor SRK 800RR (2024) Bocor

June 20, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


QJ MOTOR bersedia melancarkan sportbike middleweight terbaharu pada suku ketiga tahun ini menerusi model SRK 800RR (2024) apabila satu imej daripada dokumen kelulusan jenis kenderaan (VTA) di China bocor media sosial.

QJ Motor SRK 800RR (2024) nampak mirip seperti model terdahulu jenama itu yang ditawarkan di pasaran luar negara. Antaranya lampu utama LED terpisah dengan visor angin transparen, hendal clip-on, tangki minyak lebar, pelana terpisah, dan panel sisi tajam.

enjin-layout-qjmotor-srk-800rr
qjmotor-srk-800rr-1

Secara keseluruhan, model ini nampak begitu sporty dan berjiwa muda.

Dokumen VTA turut mendedahkan spesifikasi model baharu itu seperti enjin 4-lejang 4-silinder sebaris, sama seperti susun atur Honda CB650, termasuk saiz gerek. Bagaimanapun, lejang sportbike ini sedikit panjang yang menambah kapasiti enjin kepada 778cc.

QJ Motor juga bakal melengkapkan QJ Motor SRK 800RR (2024) dengan set suspensi fork terbalik (USD) daripada Marzochhi di depan dan monoshock di belakang. Sistem brek menggunakan brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang daripada Brembo.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), QJ Motor, QJ Motor SRK 800RR (2024), VTA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev