• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chin Li Qin Juara Keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023, Menang RM20k!

Chin Li Qin Juara Keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023, Menang RM20k!

June 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHIN Li Qin dinobatkan sebagai juara keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023 anjuran Shell Malaysia dengan membawa pulang tunai berjumlah RM20,000!

Pemuda berumur 26 tahun dari Johor itu turut dinobatkan sebagai pemandu paling efisien di Malaysia selepas mencatat rekod perjalanan 28.23km dengan hanya seliter bahan api Shell FuelSave 95.

Sebelum ini, Li Qin mencatat rekod sejauh 25.45km seliter Shell FuelSave 95 dalam cabaran peringkat Negeri Johor dengan menewaskan empat pencabar lain.

Li Qin berkata;

Saya sangat teruja diumumkan johan Grand Finale Shell FuelSave 95 Challenge 2023. Ia pencapaian amat mengagumkan apabila peserta lain juga berjaya mencapai perbatuan melebihi penanda aras purata.

"Beberapa kondisi jalan raya agak mencabar tetapi saya pastikan fokus saya tidak terganggu dan mengekalkan gaya pemanduan saya seperti di kampung halaman.”

CABARAN PERJALANAN SEJAUH 121KM

  • Cabaran Akhir (Grand Finale) bermula di Stesen Minyak Shell SM Alisha di Shah Alam melalui pelbagai keadaan jalan raya merentasi Cyberjaya, Bukit Jalil, Cheras, Ampang, Gombak, Sri Hartamas, Kota Damansara, Puncak Alam sebelum kembali ke lokasi permulaan.

SENARAI PESERTA LAIN CABARAN AKHIR SHELL FUELSAVE 95 (2023)

  • Jeffrey Tan Teck Heng, 62 -  Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Ahmad Amirul Runass, 31 -  Kuantan, Pahang
  • Muhammad Jazli Mahathir, 30 - Ipoh, Perak
  • Lai Siaw Feng, 38 - Kuching, Sarawak

Empat peserta lain yang mewakili wilayah masing-masing berjaya melepasi penanda aras purata perbatuan
sebanyak 18.5km seliter menggunakan Shell FuelSave 95.

Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Kini, kami bukan saja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95 tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan yang menakjubkan seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu kami nyata lebih jauh.

“Melalui keputusan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, bahan api kami terbukti memberikan perbatuan lebih jauh. Saya menyeru lebih ramai rakyat Malaysia mencuba dan alami penjimatan bahan api kami yang lebih baik serta kongsikan pengalaman anda sama ada 'Biar Benar, Lebih KM!'"

KELEBIHAN SHELL FUELSAVE 95 BAHARU

  • Satu bahan api gred baharu utama dengan formulasi terbaharu yang menawarkan jarak pemanduan lebih lebih jauh
  • Dihasilkan menerusi ujian dan penyelidikan lebih lima tahun, membabitkan seramai 150 saintis bahan api di seluruh dunia.
  • Menawarkan jarak pemanduan ekstra sehingga 15km dengan setiap isian petrol tangki penuh

Shell FuelSave 95 baharu juga menawarkan ciri seperti berikut:

  • Pembersihan mendalam enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu ada teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
  • Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
  • Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Maklumat lanjut berhubung bahan api terbaharu itu boleh didapati menerusi laman web Shell Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cabaran Shell FuelSave 95 2023, Chin Li Qin, Seow Lee Ming, Shell FuelSave 95 Challenge 2023, Shell Malaysia, Stesen Minyak Shell SM Alisha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my