• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perancis Tawar Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023), Harga RM65.9k!

Perancis Tawar Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023), Harga RM65.9k!

June 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI mengumumkan tawaran varian baharu Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023) di Perancis dengan harga jualan €12,999 (RM65,691) seunit.

Varian itu diperkenalkan dalam tempoh kurang setahun selepas debut V-Strom 800DE di Pameran Motosikal Milan (EICMA).

Secara asasnya, varian Rally Edition adalah model standard Suzuki V-Strom 800DE dengan tambahan aksesori untuk mengubah imej mirip motosikal off-road.

Antaranya komponen tambahan yang didatangkan pada model itu ialah grafik badan baharu, gard tangan, bar pelindung, plet pelindung enjin jenis aluminium dan tayar blok tebal Bridgestone AX41.

Untuk pemilik sedia ada, mereka boleh membeli kit sama dengan harga €1,299 (RM6,560) tidak termasuk caj pemasangan.

Berikut ialah perincian Suzuki V-Strom 800 DE (standard):

  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 776cc DOHC 8-injap 270º dengan sistem sejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api, menawarkan kuasa 84.3hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri QuickShifter dwi-arah. Sistem pacuan rantai.
  • Tangki minyak 20 liter. Purata penggunaan bahan api ialah 4.4 liter untuk setiap 100km (Kitaran WMTC)
  • Tiga mode tunggangan iaitu A (Active), B (Basic) dan C (Comfort).
  • Frem tiub keluli dengan sub-bingkai jenis trellis tiub keluli.
  • Fork terbalik (USD) dengan sistem monoshock (belakang) jenama Showa, kedua-dua boleh laras prabeban, mampatan dan lantunan. Jarak travel sistem suspensi ialah 220mm.
  • Brek depan jenis cakera berkembar 310mm dengan kaliper Nissin, cakera tunggal 260mm belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan mode off-road.
  • Rim jejari depan 21 inci dengan profil tayar 90/90, belakang 17 inci saiz tayar 150/70. Jenis tayar digunakan Dunlop Trailmax Mixtour.
  • Dimensi panjang 2,345mm, lebar 975mm, tinggi 1,310mm dan jarak roda 1,570mm. Jarak bumi 220mm manakala ketinggian pelana 855 mm. Berat keseluruhan 230kg.

SUMBER: Lerepairedesmotards

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: adventure 800, autoterkini, Bridgestone AX41, roda2, Suzuki Perancis, Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my