• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Ducati Maut Jatuh Jejambat 30 Meter, Polis Buru Motosikal Lawan Arus

Penunggang Ducati Maut Jatuh Jejambat 30 Meter, Polis Buru Motosikal Lawan Arus

June 14, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS sedang memburu penunggang motosikal yang dirakam melawan arus sehingga menyebabkan terjadinya satu kes kemalangan maut jatuh jejambat di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) tengah hari tadi.

Tengah hari tadi, tular satu rakaman video dan beberapa foto di media sosial memaparkan insiden seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tercampak dan jatuh dari jejambat SUKE.

FOTO 1 dan 2 menunjukkan motosikal lawan arus manakala foto 3 dan 4 memaparkan mangsa langgar dan terjatuh kira-kira 30 meter ke bawah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail menyatakan laporan berhubung kemalangan itu diterima jam 1.10 petang dan insiden berlaku di Kilometer 22.2 SUKE.

Mangsa maut merupakan lelaki berumur dalam linkungan umur 60-an dan menunggang motosikal jenis Ducati Panigale.

Beliau berkata:

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal mangsa jenis Ducati Panigale sedang melalui jalan berselekoh. Tiba-tiba datang motosikal dari arah bertentangan di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arus.

"Penunggang Ducati cuba mengelak lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan. Kesan pelanggaran menyebabkan mangsa terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 meter.

"Motosikal mangsa terseret ke tengah jalan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar stesen kawalan SMART Sg. Klang.

"Mangsa mengalami kecederaan padah di bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sebuah lagi motosikal yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggalkan tempat kejadian dan tindakan mengesan sedang dijalankan."

Beliau berkata, polis ketika ini sedang mengesan penunggang motosikal yang melawan arus dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak SUKE.

Tambah beliau:

Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan dan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.”

Ducati Panigale SUKE
Ducati Panigale SUKE - 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati Panigale Jatuh SUKE, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE), Mohd. Azam Ismail, Motor lawan arus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev