MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) melancarkan A 200 Progressive Line dan A 250 4MATIC AMG Line (2023) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Malaysia.
Berikut harga dua model baharu itu:
- A 200 Progressive Line - RM238,888
- A 250 4MATIC AMG Line - RM264,000
Berikut pula perincian model berkenaan:
1. Mercedes-Benz A 200 Progressive Line (2023)
Sedan Mercedes-Benz A 200 Progressive Line ini dijana enjin petrol 4-silinder 1.3L berkuasa 163hp, dan tork 270Nm dengan transmisi dual klac (DCT) 7G-DCT. Sistem suspensi direndahkan untuk keselesaan dengan program DYNAMIC SELECT untuk mengubah karakter pemanduan.
Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 8.3 saat, manakala kelajuan maksimum 230kmj. Ciri luaran dilengkapi rim 17 inci, lampu LED berprestasi tinggi dengan lampu suluh tinggi adaptif (AHB), cermin sis boleh lipat automatik, dan kemasan Progressive Line.
Bahagian dalaman mendapat kemasan kulit ARTICO untuk upholsteri, kemasan gentian karbon gelap, kerusi elektrik dengan fungsi memori, stereng balutan kulit, tempat duduk belakang boleh lipat, kawalan penyaman udara automatik THERMATIC, dan pakej Light & Sight dengan lampu ambien 64 pilihan warna
Ciri keselamatan sedan ini memuatkan kamera undur, bantuan parkir aktif (APA), Monitor Titik Buta (BSM), Amaran Tukar Lorong (LDW), pakej buka-tutup dan hidup kenderaan KEYLESS-GO, sistem antikecurian GUARD 360, sistem amaran kecurian, dan sistem sensor gerak dalaman (IMS).
Sistem multimedia pula menampilkan unit infotainmen MBUX 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto dan sambungan Internet LTE, kluster instrumen 10.25 inci, dan pengecas wayarles.
2. Mercedes-Benz A 250 4MATIC AMG LINE (2023)
Spesifikasi Mercedes-Benz A 250 4MATIC AMG Line pula dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L berkuasa 224hp dan tork 350Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 8G-DCT. Sistem suspensi turut direndahkan menerusi opsyen program DYNAMIC SELECT untuk mengubah karakter pemanduan.
Menawarkan output motor elekrik 10kW, dan tork motor elektrik 150Nm. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.4 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
Bahagian luaran mendapat kemasan AMG Line dengan rim 5 jejari kembar AMG 18 inci, lampu LED prestasi tinggi dengan lampu suluh tinggi adaptif (AHB) dan cermin sisi boleh lipat automatik.
Ruang dalam pula mendapat kemasan kulit ARTICO/MICROCUT Microfibre, kemasan aluminium, kerusi sportselektrik dengan fungsi memori, stereng sports balutan Nappa, penyaman udara THERMATIC, dan pakej Light & Sight dengan lampu ambien 64 pilihan warna.
Ciri keselamatan memuatkan pakej parkir dengan kamera undur, bantuan parkir aktif (APA), sistem brek Sports, Monitor Titik Buta (BSM), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Brek Aktif (ABA), pakej buka-tutup dan hidup kereta KEYLESS-GO Comfort, akses bebas tangan, sistem antikecurian GUARD 360, sistem amaran kecurian, dan Sensor Gerak Dalaman (IMS).
Sistem multimedia menyediakan konektiviti Internet LTE, sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz, unit infotainmen MBUX Multimedia 10.25 inci, dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital 10.25 inci, pengecas wayarles, dan pakej USB Plus
BACA >>> MBM Lancar Sedan Elektrik Prestasi Tinggi Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Harga RM798k!
BACA >>> Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023) Masuk Malaysia, Harga Mula RM649k!
Leave a Reply