• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Foto Baharu Harley Davidson X440 Didedah Di India

Lagi Foto Baharu Harley Davidson X440 Didedah Di India

June 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

MEI lalu, Harley-Davidson India telah mengeluarkan foto pertama untuk motosikalnya yang digelar sebagai X440 yang lebih kecil dan kompak yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran Asia hasil perkongsian bersama Hero MotoCorp di India.

Kali ini, Harley telah mendedahkan beberapa lagi f0to baharu untuk model X440 yang akan datang, dengan menunjukkan reka bentuk dan gayanya dan sudah tentunya lebih banyak spekulasi dibuat mengenai teknologi dan spesifikasi motosikal ini.

Sebagai permulaan, X440 mendapat penggayaan yang selaras dengan rangkaian model Harley-Davidson yang lain. Dengan bar hendal yang menegak,  X440 boleh dikatakan memberi penunggang pengalaman yang lebih serupa dengan motosikal naked daripada cruiser. 

Langkah tersebut dilakukan untuk memastikan motosikal ini kekal praktikal dan cekap dalam persekitaran bandar yang padat.

Lampu utama LED bulat dengan bezel krom memberikannya kesan estetik yang menarik pada Harley-Davidson X440 ini.

Kokpitnya pula terdiri daripada pod instrumen tunggal manakala bar hendal yang lebar memberikan penunggang kedudukan pemaduan yang lebih baik.

Sementara itu, terdapat juga komponen yang dihitamkan seperti sarung enjin dan sistem ekzos bahagian tepi motosikal ini.

Meskipun foto baharu ini didedahkan, Harley-Davidson masih lagi berahsia mengenai spesifikasi motosikal tersebut seperti prestasi enjinnya.

Terdapat spekulasi yang mengatakan mungkin motosikal ini bakal dikuasakan dengan enjin satu silinder dengan sesaran kira-kira 440cc, seperti namanya.

Bagi bahagian asas motosikal pula, ia menampilkan fork hadapan terbalik (USD) dan penyerap hentak bekembar di belakang.

Memandangkan motosikal ini bakal dilancarkan di India, ciri teknologi seperti ABS dwi saluran dan OBD-2 kemungkinan besar akan turut hadir pada X440 ini.

Harley-Davidson X440 dijangka bakal dilancarkan di India pada 4 Julai 2023 dan motosikal ini bakal memberikan saingan kepada Royal Enfield Classic dan Meteor 350 di India.

BACA >>> Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!
BACA >>> Harley-Davidson X500 (2023) Tayang Serentak Bersama X350 di China, Harga Mula RM28k!

Harley-Davidson-X440-1
Harley-Davidson-X440-2
Harley-Davidson-X440-3
Harley-Davidson-X440-4
Harley-Davidson-X440-5
Harley-Davidson-X440-6
Harley-Davidson-X440-7
Harley-Davidson-X440-8
Harley-Davidson-X440-15

SUMBER: Ride Apart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Foto, Harley Davidson X440, Hero Motocorp, India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev