• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 915,874 Kemalangan Jalan Raya Direkod Sepanjang 2021, 2022 - Loke

915,874 Kemalangan Jalan Raya Direkod Sepanjang 2021, 2022 - Loke

June 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 915,874 kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang 2021 dan 2022, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Daripada jumlah itu, 545,588 kemalangan jalan raya berlaku pada 2022 dengan 6,080 kematian (1.1 peratus), dan 370,286 kemalangan pada 2021 dengan 4,539 kematian (1.23 peratus).

Loke berkata;

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kemalangan jalan raya kebanyakannya disebabkan tingkah laku manusia, diikuti rekabentuk, kondisi infrastruktur jalan dan keadaan kenderaan."

Menurut jawapan bertulis Parlimen Loke kepada Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) hari ini (13 Jun), MIROS dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjalankan kempen dan langkah penguatkuasaan untuk menggalakkan etika pemanduan selamat.

Terdahulu, Adnan meminta Loke menyatakan punca utama kemalangan jalan raya yang membawa maut selain rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Sehubungan itu, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan turut melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM 2022-2030) pada 27 Januari 2022, bagi menangani isu kemalangan jalan raya.

Menurutnya, matlamat pelan itu adalah mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Pelbagai program dan strategi melibatkan pihak berkepentingan daripada masyarakat tempatan dan sektor swasta juga dirancang,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua strategi aktif dan pasif turut diambil bagi meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

Ini melalui pewujudan pusat penyelidikan dan ujian keselamatan kenderaan serta menambah baik piawaian dan mekanisme yang digunakan untuk menilai keselamatan kenderaan,” katanya.

BACA >>> Lebih 60 Peratus Kemalangan Maut Lebuhraya PLUS Libatkan Motosikal
BACA >>> Sikap Manusia Punca Utama Kemalangan, Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jumlah Kemalangan 2021, Jumlah Kemalangan 2022, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev