• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Malaysia Labur RM3.14j untuk Capai Karbon Neutral Menjelang 2050

Volvo Malaysia Labur RM3.14j untuk Capai Karbon Neutral Menjelang 2050

June 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) mengorak langkah memenuhi komitmen menjadi syarikat karbon neutral menjelang 2050.

Pembuat trak Sweden itu melabur RM3.14 juta untuk hartanah di Shah Alam dan Kuantan yang bakal dipasangkan panel solar bagi mengurangkan pelepasan sebanyak 50 peratus karbon dalam rangkaian operasi syarikat itu menjelang 2025.

Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’Connell berkata, pelaburan tersebut adalah antara cara menandakan peralihan Volvo ke arah masa depan mampan.

Dengan memanfaatkan cuaca positif sepanjang tahun di Malaysia, penggunaan tenaga solar pada Volvo Trucks adalah sebahagian strategi meningkatkan kesan jejak karbon positif.

Pemasangan di kedua-dua lokasi dijangka membolehkan pengimbangan karbon terkumpul berjumlah 11,925 tan karbon sepanjang 25 tahun (panel solar bertahan kira-kira 25 hingga 30 tahun) untuk pengeluaran kenderaan komersial.

Volvo Trucks melantik Micro Energy Holding Sdn Bhd (Micro Energy) sebagai pembekal panel solar, pemasang dan kontraktor penyelenggaraan.

Tenaga suria yang diperoleh meliputi 95 peratus daripada bekalan kuasa Volvo Trucks Shah Alam dan 98 peratus untuk fasiliti Kuantan.

Tenaga berlebihan daripada sistem akan kembali ke grid dan diimbangi kos tenaga Volvo Malaysia daripada pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Selepas siap pemasangan November tahun ini, Volvo Trucks Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan 477 tan karbon atau 35 peratus berbanding pelepasan karbon pada 2019.

Penggunaan teknologi tenaga suria juga membuka jalan kepada persiapan Volvo Trucks memperkenalkan trak elektrik Volvo di Malaysia.

Malah pembuat trak Sweden itu juga bakal melabur dalam pembinaan pengecas kenderaan elektrik (EV) di fasiliti bermula dengan ibu pejabat di Shah Alam.

BACA >>> Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
BACA >>> Volvo Car Malaysia Cemerlang Sepanjang 2022, Jual 3,194 Unit Kenderaan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2050, elektrik, EV, Karbon Neutral, Tenaga Solar, Volvo Malaysia, VOLVO Trucks Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev