• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal Perang Nazi Jerman Ini Dilelong Lebih RM200,000

Motosikal Perang Nazi Jerman Ini Dilelong Lebih RM200,000

March 21, 2017 By Azhan O Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI adalah antara contoh kenderaan paling unik pernah digunakan tentera fasis, Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua (WWII). Perang sudah lama tamat, dan kini kenderaan klasik ini sudah dibaik pulih sepenuhnya kepada kondisi asal sebelum dilelongkan.

Kenderaan separuh motosikal dan separuh kereta kebal ini dikenali sebagai c.1944 NSU Kettenkrad (motosikal jejak/tracked vehicle) atau SdKfz 2. Dalam bahasa Jerman, 'ketten' bermaksud 'jejak', manakala 'krad' pula bermaksud 'krafttrad' atau 'motosikal'.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia...

MOTOSIKAL PERANG YANG VERSATIL

Motosikal perang ini direka pasukan payung terjun Jerman dengan spesifikasi khas yang membolehkan ia diterbangkan pesawat Junker Ju 52 dan digunakan untuk menunda artileri, membawa bekalan, dan memuatkan kabel komunikasi ke kawasan muka bumi sukar. Selepas perang, Kettenkrad dijadikan pula kenderaan pertanian dan menunda jentera lain.

Dikuasakan enjin Opel, 1.5L berkuasa 36hp dengan transmisi 3-kelajuan, SdKfz 2 mampu memecut hingga 80kmj, sekali gus menjadi kenderaan trek paling pantas semasa era Perang Dunia. Menurut The Encyclopedia of Weapons of World War II, Jerman pernah cuba membangunkan motosikal sama dalam versi kenderaan 5-penumpang dengan enjin lebih berkuasa, tetapi gagal dilaksanakan disebabkan kos pengeluaran mahal.

Cuma 8,000 unit Kettenrads dihasilkan dan tidak diketahui berapa pula yang masih terselamat hari ini kerana kenderaan itu sememangnya sangat sukar dikesan. Tambahan lagi banyak yang sudah dimusnahkan selepas perang tamat. Jadi, tidak hairan motosikal runut ini mendapat bidaan tinggi dan antara koleksi militari paling diburu kumpulan pengumpul.

BACA >>> Norton - Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia

SdKfz 2 dilelongkan rumah lelongan Bonhams sempena mesyuarat Goodwood Member 2017 di England pada harga £51,750 (RM283,700).

GALERI
c.1944 NSU Kettenkrad-1
c.1944 NSU Kettenkrad-2
c.1944 NSU Kettenkrad-3
c.1944 NSU Kettenkrad-4
c.1944 NSU Kettenkrad-5
c.1944 NSU Kettenkrad-6
c.1944 NSU Kettenkrad-7
c.1944 NSU Kettenkrad-8
c.1944 NSU Kettenkrad-9
c.1944 NSU Kettenkrad-10
c.1944 NSU Kettenkrad-11
c.1944 NSU Kettenkrad-12
c.1944 NSU Kettenkrad-13
c.1944 NSU Kettenkrad-14
c.1944 NSU Kettenkrad-15
c.1944 NSU Kettenkrad-16
c.1944 NSU Kettenkrad-17
c.1944 NSU Kettenkrad-i

SUMBER: Bonhams

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: c.1944 NSU Kettenkrad, kettenkrad, motor perang, motosikal, motosikal perang, Nazi Jerman, Perang Dunia Kedua, roda2, SdKfz 2, WWII

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev