• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RR 310 (2023) Warna Firus Diperkenal di Colombia

TVS Apache RR 310 (2023) Warna Firus Diperkenal di Colombia

June 12, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


TVS Motor Company mendedahkan varian baharu model pertana TVS Apache RR 310 (2023) dalam warna Miami Blue (biru firus) di Columbia.

Model dengan skema warna baharu itu jelas nampak menyerlah pada TVS Apache RR 310 (2023) dengan campuran warna hitam, biru dan merah yang membuatkan sportbike itu tampak lebih sporty.

Malah, skema warna baharu itu hanya ada untuk pasaran Columbia sahaja. Pilihan warna baharu itu menjadi tambahan kepada warna versi 2022, Negra (hitam) dan Roja (merah) (foto bawah).

TVS Apache RR 310 (2023) memiliki spesifikasi enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 312cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 34hp, dan tork 27Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

tvs-apache-310-rr-2022-colombia-1
tvs-apache-310-rr-2022-colombia-2

Antara ciri diberikan ialah empat mod tunggang: Urban, Rain, Sport dan Track. Juga disediakan fungsi konektiviti telefon pintar SmartXonnect menerusi sambungan Bluetooth,  suis multifungsi dan set tayar Michelin Road 5 saiz 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang).

Model baharu ini menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang). Sistem brek jenis cakera 300mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal di belakang. Tinggi pelana 811mm dan berat 174kg.

Harga terkini tidak didedahkan, tetapi model sama tahun lalu dijual pada harga Col$22,999,999 peso (RM25,430).

BACA >>> TVS Motor Dedah Apache RR 310 One Make Race dengan Seragam Petronas
BACA >>> BMW G 310 RR (2023) Lancar di India, Kongsi Gaya TVS Apache RR 310, Harga Mula RM15.8k

SUMBER: BikeWale

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Miami Blue, roda2, TVS Apache RR 310 (2023), TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev