• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2023: Pecco Juara GP Itali, Marquez Tambah Lagi Rekod Terbabas!

#MotoGP2023: Pecco Juara GP Itali, Marquez Tambah Lagi Rekod Terbabas!

June 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


FRANCESCO Bagnaia (Ducati Lenovo) memenangi GP Itali 2023, satu lagi kejayaan selepas menjuarai GP Sepanyol dan GP Portugal musim ini. Dia kini menduduki senarai teratas pungutan 131 mata terkumpul selepas enam aksi perlumbaan musim ini.

Tempat kedua dan ketiga didominasi pelumba pasukan Pramac Ducati, Jorge Martin dan Johann Zarco, manakala Luca Marini (Mooney VR46) mengisi tempat keempat di depan pelumba KTM, Brad Binder.

Ayam tambatan Honda, Marc Marquez menambah rekod ketiga gagal menamatkan perlumbaan (DNF) selepas terbabas di Litar Mugello, semalam. Adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati) juga gagal melepasi garisan penamat akibat terbabas.

Bagnaia aka Pecco yang memulakan perlumbaan di grid depan (pole position) dipintas  Jack Miller yang memulakan saingan di barisan belakang hingga ke selekoh pertama.

Bagaimanapun, Bagnaia merampas kembali pendahulu perlumbaan dan mengekalkan posisi hingga garis penamat. Pada masa sama, Marini bersaing sengit dengan Martin untuk posisi ketiga.

Marini berada di posisi keempat dan diekori rapat Marquez. Pada lap kedua, Martin memintas Miller di laluan lurus, dan Bagnaia pula menjarakkan kedudukan di depan sambil dikejar Martin.

Di belakang, ada empat pelumba yang membentuk satu kelompok, iaitu Miller, Marini, Marcquez dan Alex. Pada lap kedua, Alex memecut laju, tetapi lambat membrek hingga menyebabkan empat pelumba berdepan detik cemas.

'Gangguan' tersebut membolehkan Marini dan Marquez naik satu posisi, manakala Miller jatuh di tempat kelima iaitu di depan Alex (posisi keenam).

gp-itali-2023-1
gp-itali-2023-results

Alex kemudian memintas Miller pada lap keempat, manakala Martin meninggalkan tiga pelumba tersebut dengan kelebihan 1.3 saat.

Jauh di belakang, Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati) masih di posisi kesembilan, diikuti pelumba lain seperti Aleix Espargaro (Aprilia Factory), Franco Morbidelli (Monster Energy Yamaha), Enea Bastianini (Ducati Lenovo) dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha).

Lap keenam menyaksikan Marini masih mendahului kelompok kedua pelumba, termasuk adik-beradik Marquez. Malangnya, Marquez terbabas dan terkeluar daripada saingan perlumbaan.

Kemalangan menimpa Baby Alien itu memanfaatkan Marini di depan yang jauh dari Alex.

Pecco, Pecco, Pecco!!! 🥇🔥 #ItalianGP#ForzaDucati #DucatiLenovoTeam pic.twitter.com/e7Jww0g385

— Ducati Corse (@ducaticorse) June 11, 2023

Posisi lima pelumba depan tidak berubah hingga lap 10 dengan dominasi pelumba Ducati seperti Bagnaia diikuti Martin, Marini, Alex dan Zarco.

Alex memotong Marini di selekoh pertama lap 12 sebelum hilang posisi itu kepada pelumba Mooney VR46 tersebut. Lap seterusnya menyaksikan Alex merampas kembali posisi ketiga daripada Marini tetapi kedudukan itu berubah apabila pelumba Gresini Ducati tersebut terjatuh pada lap 15.

Tidak lama kemudian, Zarco pula memintas Marini dan kedudukan 1-2-3 kekal hingga pelumbaan tamat.

KEPUTUSAN GP ITALI 2023

  1. Francesco Bagnaia - Ducati Lenovo (GP23)
  2. Jorge Martin - Pramac Ducati (GP23)
  3. Johann Zarco - Pramac Ducati (GP23)
  4. Luca Marini - Mooney VR46 Ducati (GP22)
  5. Brad Binder - Red Bull KTM (RC16)
  6. Aleix Espargaro - Aprilia Factory (RS-GP23)
  7. Jack Miller - Red Bull KTM (RC16)
  8. Marco Bezzecchi - Mooney VR46 Ducati (GP22)
  9. Enea Bastianini - Ducati Lenovo (GP23)
  10. Franco Morbidelli - Monster Yamaha (YZR-M1)
  11. Fabio Quartararo - Monster Yamaha (YZR-M1)
  12. Maverick Vinales - Aprilia Factory (RS-GP23)
  13. Takaaki Nakagami - LCR Honda (RC213V)
  14. Fabio Di Giannantonio - Gresini Ducati (GP22)
  15. Augusto Fernandez - Tech3 GASGAS (RC16)
  16. Michele Pirro - Aruba.it Ducati (GP23)
  17. Raul Fernandez - RNF Aprilia (RS-GP22)
  18. Lorenzo Savadori - Aprilia Factory (RS-GP23)
  19. Jonas Folger - Tech3 GASGAS (RC16)
  • Alex Marquez - Gresini Ducati (GP22) - DNF
  • Miguel Oliveira - RNF Aprilia (RS-GP22) - DNF
  • Marc Marquez - Repsol Honda (RC213V) - DNF

SUMBER: Kompas | Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023 MotoGP, Alex Marquez, Auto Terkini, Brad Binder, Francesco Bagnaia, Johann Zarco, jorge martin, luca marini, MotoGP 2023, Pecco Bagnaia, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev