• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Orang Kuat NISMO Kongsi Cerita Tentang Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune

Orang Kuat NISMO Kongsi Cerita Tentang Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune

June 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Skyline GT-R R34 J-Tune ialah kereta pertama yang ‘dilahirkan semula’ di fasiliti NISMO Omori Factory di Yokohama, Jepun dan kini berada di ruang pameran Tokyo Auto Salon (TAS) KL 2023.

R34 J-Tune ini bukan varian Skyline biasa kerana inilah satu-satunya J-Tune di dunia yang dibina khas untuk Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Nissan Skyline R34 J-Tune - 9
Nissan Skyline R34 J-Tune - 11

Program restorasi NISMO (NISMO Restored Car) diumumkan pada Disember 2020 dengan menawarkan servis binaan semula model R32, R33 dan R34.

Dua wakil NISMO, Shunichi Furuya (atas kiri) dan Takayoshi Hasegawa membuat serahan R34 J-Tune secara rasmi kepada TPJ di TAS KL 2023.

  • Furuya ialah Pengurus Jabatan Perlumbaan Pelanggan, Jualan dan Pemasaran Bisnes Sukan Bermotor Luar Negara.
  • Hasegawa ialah pengurus projek J-Tune dan Pengurus Kilang & Restorasi Kumpulan Jabatan Pemasaran dan Jualan Sukan Bermotor.
Nissan Skyline R34 J-Tune - 34
Nissan Skyline R34 J-Tune - 37

APA SPESIAL TENTANG J-TUNE?

  • R34 J-Tune ialah Skyline pertama dunia dibina semula untuk pelanggan melalui program restorasi NISMO.
  • Diberi lencana nombor 001 dan plat khas tertera nama TPJ di kulit enjin RB26 DETT
  • Program restorasi NISMO berbeza dengan model prototaip 000 kerana R34 J-Tune menerima naik taraf komponen dan enjin.
  • Nama J-Tune dipilih sendiri TPJ.
  • Huruf J pada model ini amat unik yang menggambarkan Johor dan Jepun

KISAH DI SEBALIK SKYLINE GT-R R34 J-TUNE

PanduLaju sempat berbual dengan Furuya di TASKL dan beliau memberitahu;

Untuk kes ini, kereta sebenarnya berada dalam kondisi baik ketika ditemui dan (restorasi yang dilakukan) bukannya unit terlibat dalam kemalangan."

"Ini kereta pertama dunia menerima kerja restorasi daripada NISMO."

"Kami (NISMO) sebenarnya membuat pencarian kereta edisi 2002 ini di Jepun (bukan unit dari Malaysia) sebelum kerja baik pulih dilakukan."

PROJEK J-TUNE TERGENDALA AKIBAT COVID-19

Mengulas lanjut, beliau berkata, NISMO berbincang dengan klien untuk memahami apa permintaan mereka ketika proses restorasi dibuat. Furuya berkata;

Kami memulakan perbincangan sebelum berlaku penularan Covid-19, tetapi terpaksa menangguh seketika projek ini disebabkan pandemik (banyak operasi kilang di Jepun dihentikan seketika). Secara kasar, projek ini memakan masa selama tiga tahun.

“Kalau bukan sebab gangguan pandemik Covid-19, projek restorasi seperti ini mungkin dapat disiapkan dalam tempoh satu atau satu setengah tahun.”

Apabila ditanya jumlah tenaga pekerja NISMO terlibat dalam projek Skyline J-Tune, beliau menjelaskan maklumat itu sebenarnya ‘rahsia’.

Walaupun enjin RB26 DETT J-Tune mendapat talaan baharu selain perubahan berat asal kereta, beliau menekankan tumpuan utama kerja restorasi adalah memelihara keaslian model Skyline tersebut. Malah cat putih J-Tune itu adalah warna sedia ada Skyline dan bukannya cat kustom.

UNIT LAIN DALAM PROJEK RESTORASI NISMO

Furuya berkata lagi, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pelanggan dan sebahagian pemilik Skyline dan pelanggan Nissan untuk projek restorasi NISMO.

Apabila ditanya, adakah ada unit lain membabitkan pelanggan Malaysia, beliau ketawa dan memilih jawapan selamat iaitu;

Kami ada dan masih berbincang dengan beberapa pelanggan di Asean."

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tunku_abdul_rahman

RESTORASI NISSAN SKYLINE GT-R R34 J-TUNE

  • Semua komponen dan bahagian Skyline R34 dilerai serta ditanggalkan.
  • Pemeriksaan komponen asal dan kerangka dilakukan, termasuk membuang bahagian karat dan kerja-kerja tambahan menguatkan frem itu dibuat.
  • Melakukan ujian ketegaran pada casis tersebut.
  • Membuat semua cat asal dan undercoat (termasuk melakukannya secara manual di bahagian tersembunyi) dan membuang semua gam digunakan sebelum ini. Menjalani elektropeendapan semula.
  • Cat badan berwarna putih mutiara (white pearl).
  • Menggunakan komponen gentian karbon untuk bonet, bampar, fender, skirt sisi dan spoiler. Sebahagian komponen karbon itu dicat dengan warna putih mutiara.
  • Enjin RB26 DETT banyak menerima komponen baharu dan ditingkatkan kapasiti daripada 2.6L kepada 2.8L berserta talaan baharu. J-Tune menerima prestasi output kuasa paling tinggi yang ditawarkan NISMO.
  • Menerima kotak angin gentian karbon dan paip kemasukan udara karbon, intake collector karbon dan mufler titanium khas Z-Tune.
  • Rim khas BBS Wheel RI-D dengan warna khas dan cakera brek karbon seramik 390mm (seperti model R35)
  • Ruang dalaman menerima balutan semula jenis fabrik sama seperti Nissan GT-R (R35).
  • Tempat duduk kustom Recaro Pro Racer RMS 2600A Carbon dengan logo khas.
  • Tempat duduk belakang ditanggalkan dan dipasang roll-bar.
  • Alat ganti digunakan dalam projek ini ialah komponen baharu dari NISMO dan Nissan dan juga komponen terpakai Nissan (barang tulen) yang menjalani ujian dan pemeriksaan ketat sebelum digunakan semula.
Nissan Skyline R34 J-Tune - 34
Nissan Skyline R34 J-Tune - 24
Nissan Skyline R34 J-Tune - 31
Nissan Skyline R34 J-Tune - 32
Nissan Skyline R34 J-Tune - 30
Nissan Skyline R34 J-Tune - 35
Nissan Skyline R34 J-Tune - 2
Nissan Skyline R34 J-Tune - 40
Nissan Skyline R34 J-Tune - 39
Nissan Skyline R34 J-Tune - 3
Nissan Skyline R34 J-Tune - 36
Nissan Skyline R34 J-Tune - 38
Nissan Skyline R34 J-Tune - 0
Nissan Skyline R34 J-Tune - 37
Nissan Skyline R34 J-Tune - 29
Nissan Skyline R34 J-Tune - 5
Nissan Skyline R34 J-Tune - 7
Nissan Skyline R34 J-Tune - 15
Nissan Skyline R34 J-Tune - 23
Nissan Skyline R34 J-Tune - 22
Nissan Skyline R34 J-Tune - 21
Nissan Skyline R34 J-Tune - 18
Nissan Skyline R34 J-Tune - 16
Nissan Skyline R34 J-Tune - 9
Nissan Skyline R34 J-Tune - 11

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Hakayoshi Hasegawa, NISMO Omori Factory, NISMO Restored Car, Nissan Skyline, Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune, Nissan Skyline R34 J-Tune, Program restorasi NISMO, Shunichi Furuya, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2023, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev