• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / 6 Fakta Tentang Filem Cermin Konica Minolta ICE-μ yang Perlu Anda Tahu

6 Fakta Tentang Filem Cermin Konica Minolta ICE-μ yang Perlu Anda Tahu

March 31, 2017 By Han Othman Leave a Comment

562
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA pula tidak kenal kalau disebut tentang Konica Minolta yang sememangnya popular sebagai jenama pengeluar kamera dan lensa dari Jepun. Tetapi apabila diberitahu bahawa Konica Minolta ada mengeluarkan filem cermin kereta, pasti ramai akan mengerutkan dahi. Faktanya, Konica Minolta memang ada mengeluarkan produk penjagaan automotif, termasuk menghasilkan banyak cabang produk lain selain fotografi semata-mata.

Mengenai filem cermin kereta, Konica Minolta membangunkan teknologi khas dinamakan Teknologi ICE-μ dan sekarang kita akan ketahui apakah rahsia dan kelebihan di sebalik teknologi tersebut:

1. TIADA GANGGUAN SIGNAL

Filem kenderaan ICE-μ adalah bukan daripada jenis metalik yang akan membiaskan sebarang gelombang komunikasi dan tidak akan menganggu sebarang signal elektronik, isyarat telefon bimbit, sistem navigasi (GPS) atau apa saja peranti komunikasi dalam kereta anda.

Tiada masalah kepada komunikasi telefon pintar atau peranti akses tol seperti Smart Tag kecuali anda seorang perisik yang tidak mahu dikesan sesiapa.

2. KESELESAAN MAKSIMUM

Menggunakan partikel Ultra Nano, filem kenderaan ICE-μ mampu menghalang lebih 95 peratus cahaya inframerah (IR) dan mengurangkan bahang panas matahari, sekali gus melindungi kulit daripada bahaya pancaran ultraungu (UV).

Walaupun tidak mampu memutihkan kulit anda, tetapi jika mahu mengaitkan filem kenderaan ICE-μ sebagai produk yang mampu menjaga kesihatan kulit anda, inilah barangnya. Katakan tidak kepada losyen sun block.

3. PANDANGAN JELAS DAN TERANG

Filem kenderaan ICE-μ dibangunkan menggunakan material bukan biasan yang membolehkan cahaya melepasi masuk lapisan filem cermin tanpa menjejaskan tahap kejelasan si pemandu. Jadi, pandangan pemanduan anda akan sentiasa kekal jelas dan terang jika dilihat dari mana-mana sudut pun. Bukan saja selamat memandu ketika siang, tetapi tidak perlu risau langsung memandu malam. Tapi, kalau mengantuk berhentikan tidur dulu.

4.TEKNOLOGI KAWALAN JARAK GELOMBANG (WAVELENGHT)

Material baharu dalam filem kenderaan ICE-μ mengandungi indeks biasan tinggi dan rendah dengan lapisan ketebalan filem yang optimum.

Rekabentuk lapisan unik dan efisien itu membolehkan filem kenderaan ICE-μ bekerja dengan pintar untuk menyerap dan menyingkirkan jarak gelombang sinar UV dan IR sahaja daripada spektrum cahaya tanpa menjejaskan kualiti pandangan.

5. SELAMAT DAN EFEKTIF

Filem kenderaan ICE-μ menggunakan teknologi salutan gelung ke gelung (roll-to-roll) kejituan tinggi. Dengan salutan banyak rol secara serentak, pengeluaran dapat dilakukan pantas dan lebih stabil. Pada masa sama, jika berlaku kemalangan, perlanggaran atau insiden tertentu seperti cubaan pecah masuk, filem kenderaan ICE-μ berupaya memberikan kualiti perlindungan optimum yang dapat mengelak kaca cermin kereta anda berderai.

6. MESRA ALAM

Apabila filem kenderaan ICE-μ mampu mengurangkan kesan kepanasan dalam kereta, sudah tentu anda tidak perlu lagi memaksimumkan kelajuan hembusan penyaman udara kereta. Ini secara tidak langsung meminimumkan penggunaan bahan bakar kenderaan, sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Lihatlah, impak yang kecil - dengan hanya mengurangkan kelajuan penyaman udara - tetapi tindakan itu sudah cukup menyumbangkan kepada kelestarian alam sekitar kita. Teknologi filem kenderaan ICE-μ bukan hanya memikirkan tentang bagaimana perasaan anda di dalam kereta, tetapi juga risikonya kepada orang lain, termasuk alam sekitar.

Related

562
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, car tinted, filem cermin kereta, Konica Minolta, Teknologi ICE-μ, tinted

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev