TIGA beradik maut dalam kemalangan membabitkan lori dan kren di KM136 Jalan Kuantan/Johor Bahru dekat Kampung Sepakat, Rompin, Pahang, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata, mangsa terdiri daripada Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, dan dua adik lelakinya, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, yang beralamat di Jalan Sungai Kolek, Rompin.
Mohd Azahari berkata, kemalangan jam 7.20 malam itu berlaku apabila lori yang dipandu salah seorang mangsa bernama Muhammad Solihin menghala ke arah Kuantan terbabas dan melanggar kren di laluan bertentangan.
Kemalangan tersebut turut menyebabkan pemandu kren berusia 38 tahun cedera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER: Bernama
Leave a Reply