• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S - Badan Kecil, Kuasa Besar!

Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S - Badan Kecil, Kuasa Besar!

March 22, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE Cayman adalah antara model istimewa dalam barisan produk Porsche dan diposisikan sebagai model permulaan atau entry level bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan jenama kereta mewah dari Jerman itu. Selain Boxster, Cayman boleh dianggap sebagai model Porsche paling mampu milik.

Namun, itu bukan bermakna Porsche menganaktirikan Cayman kerana dua model baharu itu, 718 Cayman dan 718 Cayman S nyata tampil hebat selepas dilancarkan Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia. Menarik mengenai kedua-dua model itu adalah masing-masing dilengkapi enjin baharu yang lebih kecil, 2.0L dan 2.5L, tetapi lebih berkuasa!

Porsche Boxster GTS & Cayman GTS - Pandulaju.com
Porsche 718 Cayman S 2017.02
Porsche Boxster GTS & Cayman GTS - Pandulaju.com
Porsche Boxster GTS & Cayman GTS - Pandulaju.com

Mari kita lihat ciri dan spesifikasi yang ada pada Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S:

Enjin dan Transmisi
  • Porsche 718 Cayman - enjin 4-sebaris 2.oL turbo, 300hp, transmisi PDK dengan pakej Sports Chrono.
  • Porsche 718 Cayman S - enjin 4-sebaris  2.5L turbo Geometri Turbin Variabel (VTG), 350hp (25hp lebih berkuasa).
Kelajuan Maksimum
  • Enjin Cayman dilengkapi Dynamic Boost untuk pecutan pantas dan respon segera.
  • Porsche 718 Cayman - 0-100kmj dalam masa 4.7 saat (0.7 saat lebih pantas), kelajuan maksimum 275kmj
  • Porsche 718 Cayman S - 0-100kmj dalam masa 4.2 saat (0.5 saat lebih pantas), kelajuan maksimum 285kmj
  • Kelajuan maksimum boleh ditambah melalui mod Sport dengan fungsi Pengurusan Stabiliti Porsche (Porsche Stability Management - PSM).
Sistem Pengendalian
  • Porsche 718 Cayman - Opsyen Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (Porsche Active Suspension Management - PASM) untuk pengendalian lebih mantap, lebih rendah 10mm berbanding ketinggian standard.
  • Porsche 718 Cayman S - lebih rendah 20mm dengan suspensi sport PASM.
  • Spoiler belakang Porsche 718 Cayman beroperasi automatik pada kelajuan bermula 120kmj.
Bahan Api Ekonomi
  • Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S lebih ekonomi menerusi pengguanaan standard Kitaran Pemanduan Eropah Baru (New European Driving Cycle - NEDC).
  • Porsche 718 Cayman dengan transmisi PDK mencatatkan penggunaan minyak 6.9 liter per 100km.
  • Porsche 718 Cayman S pula 7.3 liter per 100km.
Teknologi Infotainment dan Komunikasi
  • Panel meter dan papan pemuka direka semula.
  • Stereng sport lebih kecil, diadaptasi daripada Porsche 918 Spyder.
  • Skrin warna 4.6-inci sebelah takometer (RPM).
  • Sistem PCM dengan skrin sentuh 7-inci.
  • Ada ciri Connect, navigasi dan Connect Plus.
  • Ada sambungan USB untuk iPod dan fungsi Apple CarPlay serta kawalan suara
Teknologi Keselamatan
  • Sistem kawalan jelajah (cruise control) mampu memperlahankan kereta apabila tetapan kelajuan dicapai. Contohnya, ketika memandu menuruni bukit.
  • Sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) ada ciri luncur atau coast, di mana apabila anda memandu secara di belakang kenderaan depan, klac akan berada pada posisi coast atau bebas yang dapat menjimatkan penggunaan minyak.
  • Fungsi bantuan tukar lorong (lane change assist) akan mengawasi kenderaan belakang dan kawasan titik buta melalui radar sebelum memberikan amaran kepada pemandu dengan kelipan lampu LED di pilar A sebelah pemandu dan penumpang depan.
Harga dan Jaminan
  • Porsche 718 Cayman - RM530,000
  • Porsche 718 Cayman S - RM700,000
  • Pembeli berminat boleh menempah khas (custom) kereta mereka mengikut cita rasa peribadi.
  • Harga adalah termasuk duti, kecuali caj pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sama seperti kenderaan Porsche lain, SDAP menawarkan pakej pembelian berserta empat tahun waranti, termasuk penyenggaraan percuma seperti servis, peralatan dan kos buruh.

PORSCHE 718 CAYMAN

Porsche 718 Cayman 2017.06
Porsche 718 Cayman 2017.07
Porsche 718 Cayman 2017.01
Porsche 718 Cayman 2017.04
Porsche 718 Cayman 2017.02
Porsche 718 Cayman White 2017.02

PORSCHE 718 CAYMAN S

Porsche 718 Cayman S 2017.06
Porsche 718 Cayman S 2017.05
Porsche 718 Cayman S 2017.03
Porsche 718 Cayman S 2017.04
Porsche 718 Cayman S 2017.02
Porsche 718 Cayman S 2017.01

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Porsche, Porsche 718 Cayman, Porsche 718 Cayman S, Porsche Cayman, Roda4, SDAP, SIME Darby Auto Performance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev