• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)

Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)

June 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGGUNAAN papan pemuka i-Cockpit pada pada kereta keluaran Peugeot telah menerima pelbagai reaksi di mana ada yang suka gaya jet pejuangnya, tetapi ada yang tidak suka sterengnya yang menghalang pandangan panel instrumen digital dibelakangnya.

Bagaimanapun, menerusi foto i-Cockpit serba baharu yang telah dikongsikan oleh Peugeot, evolusi pada i-Cockpit serba baharu ini mungkin boleh mengubah segala reaksi negatif yang diterima pada i-Cockpit sebelum ini.

Perubahan utama terletak pada paparan i-Cockpit digitalnya yang lebih besar dan kini menggabungkan panel instrumen bersama skrin infotainmen ke dalam skrin panoramik melengkung bersaiz 21 inci, dengan pencahayaan ambien LED di bawahnya untuk mencipta kesan "terapung".

Skrin telah dimiringkan ke arah pemandu dan melalui gambar tersebut, sterengnya kelihatan seperti tidak lagi menghalang paparan skrin baharu yang lebih besar itu seperti i-Cockpit sebelum ini.

Bahagian tengah papan pemuka juga menarik dengan i-Toggles Peugeot, di mana pengguna boleh menentukan fungsi apa yang muncul pada panel seperti kawalan penyaman udara, navigasi, radio FM dan sebagainya.

Peugeot juga menukar tuil gearnya dengan menggunakan kawalan gear jenis suis togol untuk kotak gear automatik yang diletakkan di sebelah butang henti/mula di bahagian yang lebih tinggi atas sebab ergonomik.

Sementara itu, Peugeot berkata stereng pada i-Cockpit serba baharu ini masih mempunyai saiz yang sama seperti yang ada dalam barisan model semasa mereka.

Stereng i-Cockpit baharu ini turut mempunyai kawalan sentuhan sensitif seperti yang tidak begitu digemari ramai pada Volkswagen.

Bagaimanapun, kawalan sentuhan sensitif pada stereng Peugeot ini berbeza sedikit kerana ia mempunyai fungsi sentuhan klik, di mana kawalan sentuhan sensitif tersebut hanya diaktifkan apabila ia ditekan.

i-Cockpit serba baharu ini bakal dapat dilihat adengan lebih jelas sebaik sahaja Peugeot melancarkan 3008 serba baharunya pada bulan September ini.

BACA >>> Bermaz Auto Tayang Peugeot 2008 SE, e-2008 dan Landtrek di 1 Utama
BACA >>> Skuter Advencer Peugeot XP400 (2023) Lancar di Filipina, Harga Mula RM44k!

SUMBER: AutoIndustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: interior, peugeot 3008 (2023), Peugeot i-Cockpit®, serba baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev