• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Sedia 912 Tiket Khas Balik Pantai Timur Sempena Aidiladha

KTMB Sedia 912 Tiket Khas Balik Pantai Timur Sempena Aidiladha

June 4, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB)
menawarkan 912 tiket bagi perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Pantai Timur sempena sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan penyediaan tren khusus itu sebagai sokongan kepada Kerajaan dalam mengatasi penggunaan jalan darat yang sering sesak terutama musim perayaan.

KTMB menawarkan tren khas kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidiladha. Kebiasaannya jalan raya akan sesak terutama ke Pantai Timur pada musim perayaan.

“Oleh itu, dengan ada perkhidmatan tren khas ini, ia menawarkan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas untuk balik kampung, malah turut memberi peluang kepada pelancong yang berhasrat mengunjungi lokasi pelancongan di Pantai Timur,” kata kenyataan itu.

Jadual tren khas berkenaan bermula 27 Jun ini bagi laluan KL Sentral-Tumpat dengan masa berlepas 3.20 petang, manakala 1 Julai melibatkan perjalanan Tumpat-KL Sentral dengan masa berlepas jam 6 petang.

Menurut kenyataan itu, Tren Khas ELA akan berhenti di 17 stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

KTMB juga tidak menolak untuk menambah dua lagi perkhidmatan dari KL Sentral ke Tumpat dan sebaliknya sekiranya mendapat sambutan baik dan menggalakkan daripada pengguna Pantai Timur seperti sambutan Aidilfitri lalu,” kata KTMB lagi.

Tiket bagi tren khas berkenaan mula dijual semalam (3 Jun) jam 2 petang pada harga bermula RM55 hingga RM83 bagi perjalanan sehala.

KTMB turut menyarankan pengguna untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman web KTMB.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTMB, Tiket KTMB, Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my