• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

June 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


ANTARA pengeluar motosikal popular India, TVS Motor Company melancarkan TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) untuk pasaran Colombia pada harga AS$1,820 (RM8,340).

Sebagai naked bike yang direka untuk tunggangan harian, TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) menerima tambahan aksesori lumba seperti gad tangan, pelindung rantai aluminium, pelindung kaliper dan bar rempuh sebagai standard.

Malah, TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) ini juga disediakan pemegang telefon bagi memudahkan penunggang menggunakan motosikal ini sebagai kenderaan harian.

Naked bike ini menampilkan warna California Grey dalam tona warna kelabu dengan rim merah.

TVS Raider Racing Special Edition (2023) dikuasakan enjin 4-lejang jenis karburetor silinder tunggal 124.79cc penyejukan udara berkuasa 12.5hp dan tork 11.5Nm, iaitu 1.3hp dan 0.3Nm lebih berkuasa daripada model di India.

Sistem transmisi jenis manual-5-kelajuan, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik tidak boleh laras di depan, dan monoshock boleh laras prabeban di belakang.

Antara ciri standard diberikan ialah lampu LED penuh, pengecas USB, panel meter TFT dengan konektiviti Bluetooth berserta paparan spidometer, odometer, takometer, meter trip, bar petrol, dan indikator posisi gear.

Jika anda masih lagi ragu dengan jenama dari India ini, ketahuilah BMW G 310 R yang dijual di Malaysia ketika ini sebenarnya menggunakan asas model TVS dilencanakan semula.

BACA >>> TVS Raider 125 SmartXonnect (2022), Kini dengan Konektiviti Telefon Pintar, Harga RM5.7k
BACA >>> BMW G 310 RR (2023) Lancar di India, Kongsi Gaya TVS Apache RR 310, Harga Mula RM15.8k

TVS Raider 125 RSE-1
TVS Raider 125 RSE
TVS Raider RSE-2
TVS Raider RSE-4
TVS Raider RSE
tvs-raider-125-special-edition-alta-wallpaper-2
tvs-raider-125-special-edition-color-tanque
tvs-raider-125-special-edition-detalle-1
tvs-raider-125-special-edition-detalle-3
tvs-raider-125-special-edition-detalle-4
tvs-raider-125-special-edition-detalle-5
tvs-raider-125-special-edition-detalle-6
tvs-raider-125-special-edition-detalle-7
tvs-raider-125-special-edition-detalle-8
tvs-raider-125-special-edition-detalle-9
tvs-raider-125-special-edition-detalle-10
tvs-raider-125-special-edition-pantalla
tvs-raider-125-special-edition-wallpaper-1

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, Colombia, naked bike, roda2, TVS Motor, TVS Motor Company, TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev