• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross

Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross

June 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

TOYOTA sedang membuat panggil balik kira-kira 96,000 unit Toyota Corolla Cross tahun 2022 dan 2023 yang dijual di pasaran Amerika Utara berikutan isu beg udara di bahagian penumpang.

Menurut Toyota, masalah sebenar bukan berpunca daripada beg udara,  tetapi risiko berlaku sebarang isu dengan tempat simpanan beg udara kecemasan di bahagian penumpang.

Jurucakap Toyota menjelaskan, lubang pada panel yang terbuka ketika beg udara mengembung mungkin tiada pada sesetengah model.

Perkara itu berlaku kerana ada pembekal tertentu tidak mengikut arahan pembuatan yang betul ketika proses pemasangan. Ini boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi betul apabila berlaku kemalangan, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan.

Toyota turut mengesyorkan supaya tidak duduk di kerusi penumpang depan model terjejas hingga pemeriksaan dibuat.

Bagaimanapun, pengeluar itu enggan mengulas mengenai kemalangan yang sudah berlaku akibat masalah beg udara itu.

Notis panggil balik Toyota Corolla Cross itu hanya melibatkan model enjin pembakaran dalaman tahun 2022 dan 2023, tetapi tidak termasuk hibrid. Jika masalah ditemui pada model panggil balik itu, panel instrumen kereta akan diganti.

BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)

SUMBER: Motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Airbag, beg udara kecemasan, beg udara keselamatan, Corolla Cross, Panggil Balik, Panggilan semula, Recall, SUV, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev