• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Dedah Foto Acah SUV Segmen-B Baharu, Debut di Indonesia Ogos Ini

Mitsubishi Dedah Foto Acah SUV Segmen-B Baharu, Debut di Indonesia Ogos Ini

May 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS mengumumkan bakal memperkenalkan kenderaan utiliti serba baharu di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2023 pada Ogos nanti, Mitsubishi mendedahkan imej acah model tersebut, dan kerjasama baharu mengejutkan.

SUV itu dipercayai sebagai model konsep Mitsubishi XFC Concept versi pengeluaran yang pernah didedahkan tahun lalu.

Mitsubishi mendakwa SUV serba baharu itu menampilkan gaya SUV tulen yang bergaya dan praktikal dengan pengendalian mudah, ruang simpanan serba boleh serta kabin luas.

SUV berkenaan juga sudah menjalani beberapa kali ujian, dan serta ditala mengikut kondisi jalan raya Asean, serta mampu memberikan ketenangan fikiran walaupun ketika pemanduan di permukaan jalan kasar atau dalam hujan lebat.

Selain itu, Mitsubishi turut mendedahkan kerjasama dengan Yamaha untuk membangunkan sistem audio, dipanggil Dynamic Sound Yamaha Premium yang ditala untuk mengoptimum ciri akustik dalam kabin sengan memberikan pengalaman bunyi mengasyikkan.

Dengan lebih kurang dua bulan sebelum perlancaran, diharapkan lebih banyak maklumat mengenai SUV itu  akan didedahkan Mitsubishi menjelang debut rasmi Ogos nanti.

Adakah model itu bakal ke Malaysia? Atau soalan paling tepat, bilakah model ini akan tiba di Malaysia?

BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa
BACA >>> MMM Perkenal Program Max Certified untuk Miliki Kereta Mitsubishi Terpakai

SUMBER: AutoIndustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Mitsubishi XFC Concept, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS), Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2023, Segmen B, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev