• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MMM Perkenal Program Max Certified untuk Miliki Kereta Mitsubishi Terpakai

MMM Perkenal Program Max Certified untuk Miliki Kereta Mitsubishi Terpakai

May 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) sebagai pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia secara rasmi melancarkan program kereta terpakai, Max Certified yang menawarkan kereta terpakai di bawah kendalian wakil pengedar itu sendiri.

Di bawah program itu, selain dapat mencuci mata melihat pelbagai model Mitsubishi terpakai di semua pengedar MMM seluruh negara, pelanggan juga boleh menukar kenderaan Mitsubishi mereka dengan model baharu.

Menurut MMM, semua kereta terpakai di bawah Max Certified sudah menjalani pemeriksaan menyeluruh 150 poin yang dilakukan pakar Mitsubishi terlatih secara profesional bagi memastikan kenderaan dijual menggunakan alat ganti tulen dari pusat servis sah, bebas kemalangan besar, bebas kerosakan akibat banjir, dan ada rekod servis lengkap dari Pusat Servis MMM sah.

Max Certified juga memberikan waranti 12 bulan untuk setiap kereta terpakai dijual membabitkan baik pulih dan/atau penukaran enjin, transmisi, stereng dan komponen elektrik akibat kerosakan mekanikal.

Pembeli di bawah program Max Certified juga akan menerima e-baucar perkhidmatan bernilai RM500 yang boleh ditebus di Pusat Servis MMM ketika melakukan servis berkala.

Semua kenderaan pramilik Mitsubishi yang dijual di bawah program itu adalah berusia di bawah tujuh tahun dengan jarak perbatuan kurang 180,000km ketika dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata, Max Certified mensasarkan meningkatkan pengekalan pelanggan dan pembelian semula model Mitsubishi lain.

Sementara MMM berusaha ke arah memperkenalkan model baharu kepada rakyat Malaysia, kami juga berharap dapat menawarkan kepada mereka yang berminat membeli kereta Mitsubishi terpakai dengan platform lebih mudah diakses dan boleh dipercayai," katanya.

BACA >>> Satu Lagi Pusat 4S Mitsubishi Buka di Johor!
BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kereta Mitsubishi Terpakai, Kereta Pramilik, Kereta terpakai, max certified, Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Shinya Ikeda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my