• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 60 Peratus Kemalangan Maut Lebuhraya PLUS Libatkan Motosikal

Lebih 60 Peratus Kemalangan Maut Lebuhraya PLUS Libatkan Motosikal

May 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk lebih menumpukan dan meningkatkan kolaborasi bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal di lebuh raya di bawah kendalian konsesi lebuh raya itu.

Berdasarkan rekod, lebih 60 peratus kadar kematian akibat kemalangan di lebuh raya PLUS disumbangkan penunggang motosikal.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, laluan panas yang dikenal pasti mencatatkan kadar kemalangan motosikal tinggi, terutama hujung minggu dari Jumaat hingga Ahad adalah laluan Kuala Kangsar-Ipoh Utara, Nilai-Bandar Ainsdale dan Seremban-Port Dickson.

Menurutnya, JPJ bersedia meningkatkan pemantauan lokasi tumpuan itu, dan lokasi lain dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal.

Pemantauan itu adalah termasuk aspek penguatkuasaan dan advokasi berterusan daripada JPJ dengan kerjasama PLUS.

Lokman berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat koordinasi bersama PLUS di Pejabat Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya (UPLR) di Jelapang baru-baru ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz.

BACA >>> JPJ Minta Pemilik Kenderaan Disita Kemas kini Alamat untuk Elak Dilelong
BACA >>> Geng Mat Rempit Kemalangan di PLUS, Seorang Penunggang Maut

SUMBER: PLUSMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Lokman Jamaan, hotspot, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), laluan panas, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev