• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 450SR S (2023) Muncul di China dalam Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

CFMoto 450SR S (2023) Muncul di China dalam Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

May 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMoto mempamerkan sportbike terbaharu CFMoto 450SR S (2023) di China dalam dua pilihan warna: Zircon Black (hitam) dan Starlight White (putih).

Varian S dilihat sebagai model 450SR versi dipertingkat dengan beberapa perubahan seperti swingarm sebelah mirip konsep SR-C21, winglet lebih besar dan sistem ekzos lebih pendek.

Komponen lain dipercayai sama seperti 450SR yang dilancarkan di Turkiye baru-baru ini iaitu panel meter digital 5 inch TFT berwarna yang dilengkapi konektiviti telefon pintar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dan fork terbalik (USD).

Trenkuasa dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.5cc DOHC penyejukan cecair berkuasa hampir 50hp @ 9,500rpm dan tork 39Nm @ 7,600rpm.

Berdasarkan maklumat, CFMoto 450SR S (2023) ini ditawarkan pada harga 33,580 yuan (RM21,840).

Malaysia sebenarnya adalah antara pasaran Asean terawal menerima CFMoto 450 SR. Mungkin varian S juga akan diperkenalkan di pasaran tempatan kelak. Apapun, nantikan saja pengumuman mengenai sportbike itu.

SUMBER: WarungAsep

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CFMoto 450SR S (2023), roda2, sportbike, Sportbike 450cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my