• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KBS: Parlimen Tidak Pernah Bahas, Lulus RM20 Juta Bina Litar Drag Setiap Negeri

KBS: Parlimen Tidak Pernah Bahas, Lulus RM20 Juta Bina Litar Drag Setiap Negeri

May 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mendakwa Parlimen tidak pernah membahas atau meluluskan peruntukan RM20 juta bagi membangunkan litar lumba drag di setiap negeri yang dibentang Kerajaan terdahulu dalam Belanjawan 2023.

KBS memaklumkan, ini kerana mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah membubarkan Parlimen selepas pembentangan belanjawan, yang menyaksikan belanjawan tersebut tidak pernah disalur kepada Kementerian itu.

Menurut KBS lagi, belanjawan tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada KBS, manakala kos RM20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar setiap negeri.

KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat membina litar berdasarkan konsep sekadar ada.

"Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag adalah perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat, tetapi keselamatan pelumba, penonton dan semua terlibat perlu diberi keutamaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan Ismail Sabri yang kesal dengan keputusan Kerajaan yang membatalkan projek pembinaan litar drag setiap negeri ketika negara berada di bawah pimpinannya dahulu.

Bagaimanapun, KBS kekal proaktif dalam mencari kaedah memastikan sukan permotoran dapat terus dilaksana dalam keadaan terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan kini menghalang usaha pembinaan litar permotoran khasnya litar drag.

Antara usaha dilakukan adalah melalui projek menaik taraf dan memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS, seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa, dan Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan," kata KBS.

KBS turut bekerjasama dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam memastikan operator dan penganjur sukan permotoran itu dapat melaksanakan program atau aktiviti di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar kekal yang disahkan serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara.

Pada masa sama, KBS menerusi Jabatan belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM giat membangunkan garis panduan sukan permotoran, termasuk lumba drag dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan.

BACA >>> Mantan PM Kesal Kerajaan Batal Pembinaan Litar Lumba Drag Setiap Negeri
BACA >>> #Bajet2023: Peruntukan RM20j Untuk Bina Litar Drag

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Litar Drag, Litar Lumba Drag, mantan pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev