SKUTER elektrik buatan Indonesia, Alva Cervo (2023) lancar untuk pasaran negara jiran itu dengan menempatkan dua bateri di tengah yang memberikan jarak tunggangan hingga 125km sekali cas.
Alva Cervo (2023) menampilkan rekabentuk skuter advencer (ADV) yang moden dan agresif dengan swingarm sebelah, dan dijual pada harga Rp37.75 juta (RM11,615) untuk bateri tunggal, dan Rp42.75 juta (RM13,160) untuk dua bateri. k untuk kawalan tunggangan.
Kehadiran dua bateri di tengah memberikan jarak perjalanan lebih jauh dan kestabilan lebih baik. Berikut spesifikasi Alva Cervo (2023):
Menggunakan sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan lampu siang (DRL), manakala panel meter jenis LCD digital TFT yang dilengkapi mod undur, penyangkut barang dan port USB.
Bateri jenis litium-ion 1.8kWh yang mengambil masa kira-kira empat jam untuk dicas penuh (dua bateri). Ada dua cara mengecas bateri, iaitu terus dari atas motosikal, atau bateri ditanggalkan.
Trenkuasa menghasilkan kuasa 13.3ps (13.1hp) dan tork 53.5Nm. Kelajuan maksimum 103kmj, dan memiliki keupayaan mendaki cerun 17º.
Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek jenis cakera tunggal pada kedua-kedua roda.
Bahagian roda menggunakan rim 14 inci yang dibalut tayar saiz 110/80 di depan, dan tayar 140/70 belakang.
Juga disediakan ciri moden seperti empat mod tunggang: ECO, Urban, dan SPORT, serta BOOST untuk mencapai tork maksimum, tetapi memendekkan masa perjalanan.
Ciri lain diberikan ialah penghidup tanpa kunci dengan sistem kunci pintar, dan aplikasi mudah alih MY ALVA. Ada lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Nebula Green (hijau), Mars Cooper (gangsa), Edgy Turquoise (firus), Halo White (putih) dan Supernova Black (hitam).
Setiap pembelian dipakejkan waranti tiga tahun atau 25,000km untuk bateri, dan dua tahun atau 20,000km untuk alat ganti dan servis.
BACA >>> Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
BACA >>> Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
SUMBER: Autonet Magz
Leave a Reply