• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Didi Group Lancar Dua Siri Vespa GTS 300 (2023), Harga Mula RM32.9k!

Didi Group Lancar Dua Siri Vespa GTS 300 (2023), Harga Mula RM32.9k!

May 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DIDI Group meluaskan pilihan skuter di Malaysia dengan pengenalan dua varian baharu Vespa GTS 300 (2023): GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech.

Harga jualan Vespa GTS SuperSport ialah RM32,900, manakala Vespa GTS SuperTech boleh dimiliki dengan bayaran RM36,900. Berikut perincian dua skuter sport itu:

Vespa GTS SuperSport

Skuter ini direka untuk mereka yang mahukan skuter sporty dengan lebih banyak aksen hitam pada badan dan rim aloi gelap.

Ada hiasan corak gentian karbon pada bahagian depan Vespa, manakala pelana hitam mendapat sulaman benang jingga terang kembar.

Ada empat warna pilihan: Orange Tramonto AX (jingga), White Innocenza BR (putih), Black Opaco Matt NS (hitam) dan Green Olive Matt V06 (hijau).

Vespa GTS SuperTech

Menampilkan gaya sport dengan penekanan kepada teknologi, dan dihiasi kemasan krom kelabu berserta dekal badan istimewa.

Ada dua pilihan warna: Grey Quarzo Matt (kelabu) dan Blue Deep (biru).

PERINCIAN

Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 278cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 23.8hp @ 8,250rpm dan tork 26Nm @ 5,250rpm, manakala transmisi automatik CVT.

Badan dibuat daripada keluli, manakala sistem suspensi fork sebelah di depan dan dwi-absorber (belakang). Rim aloi 12 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang).

Sistem brek jenis cakera tunggal 220mm dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kapasiti tangki minyak 8.5 liter (termasuk rizab 2 liter).

Dimensi panjang 1,980mm, lebar 765mm, tinggi 1,380mm, manakala tinggi pelana 790mm.

Vespa GTS SuperTech
Vespa GTS SuperSport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Didi Group, GTS SuperSport, roda2, skuter, Vespa GTS 300 (2023), Vespa GTS SuperTech

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my